Lelaki parah ditetak ketika pasang bendera parti

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.

Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan. - Bernama
 
Sponsored Post

addy

Active+ Member
Joined
Jul 3, 2008
Messages
3,024
Reaction score
29
Points
30
Kerana parti manusia berpecah belah .....dunia dunia
 

rustam

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2010
Messages
10,794
Reaction score
55
Points
125
Budus betul mcm tu pun nak bertetak
 

exofx

Legendary Member
Joined
Aug 20, 2011
Messages
18,750
Reaction score
545
Points
161
politik punya pasal, sanggup mengalirkan darah saudara sendiri.
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
perang pasang bendera dah bermula...lepas ni entah apa pulak.
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
bahaya ni...bunga2 dah ada...aku rasa orang bn yang tetak ni
 

4Qul

CG Top Poster Club
Joined
May 27, 2012
Messages
40,514
Reaction score
6
Points
125
Takat pasang poster boleh bergaduh, 40an punya umur fikiran kebudakkan.
 

nazrirazra

Legendary Member
Joined
Jul 17, 2009
Messages
11,925
Reaction score
213
Points
128
Vangan la si pemasang bendera. Dapat upah kuli nak buat kerja samseng. Baru bendera, hari mengundi ntah apa lagi yang nak dibuat nanti
 
Sponsored Post
Top
Log in Register