BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun rogol budak perempuan dilacur bapa

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,127
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,127
Reaction score
6,865
Points
881
Awards
1
Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun rogol budak perempuan dilacur bapa

- Foto hiasan mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Putrajaya yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang lelaki warga Pakistan, selepas menukar pengakuan kepada bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilacurkan bapa mangsa.

Turut dikekalkan perintah terhadap Yousaf Gul, 39, membabitkan lima sebatan, kaunseling pemulihan ketika menjalani hukuman penjara dan pengawasan polis selama tiga tahun setelah selesai dengan hukuman terbabit.


Pesuruhjaya Kehakiman, Roszianayati Ahmad, berkata tiada keperluan untuk Mahkamah Tinggi mengusik dapatan dan keputusan Mahkamah Sesyen.

"Mahkamah Tinggi meneliti alasan penghakiman Mahkamah Sesyen dalam mempertimbangkan hukuman terhadap perayu (Yousaf) dan Mahkamah Tinggi mendapati ia adalah dalam ruang lingkup prinsip undang-undang penghukuman.

"Mahkamah Sesyen mempertimbangkan semua faktor untuk mencapai kepada suatu hukuman yang setimpal.

"Hukuman dan perintah diberikan bukan suatu yang melampau," katanya dalam alasan penghakiman bertarikh 1 April lalu dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-kehakiman.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak berkenaan di sebuah kondominium di Batu 9 Cheras, Hulu Langat, pada November 2018.

Kesalahan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d) KK memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Roszianayati berkata, pengakuan salah perayu adalah betul dan selamat.

"Saya juga meneliti nota keterangan yang jelas menunjukkan bahawa tertuduh antara orang yang merogol mangsa.

"Keterangan menunjukkan mangsa dilacurkan oleh bapanya yang juga saksi dalam kes ini.

"Mangsa mengecam perayu sebagai orang yang merogolnya," katanya.
 
Sponsored Post

Benda ni fitrah dlm urusan kehidupan manusia(kerana jurang pendapatan) dan berlaku di setiap level masyarakat waima golongan elit sekalipun.

Walaubagaimanapun undang2 dah jelas dlm al-Quran dan dinyatakan dlm sirah (kehidupan) Rasulullah melalui pernikahan Baginda dengan Siti Aisyah.

Apa yg membezakan Rasulullah dan golongan kabbalah adalah layanan kepada golongan ini. Ayat yang sentiasa diulang2 di dalam al-Quran tidak lain dan tidak bukan adalah "janganlah kamu melampaui batas".. tak kira apa jua urusan baik kita berniaga, bergaul dsdbnya jangan kita melampaui batas , iaitu menzalimi zahir dan batin nya sesama manusia.. sebab tu ada AKAD (persetujuan kedua belah pihak)
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register