BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Pakistan ditahan, liwat pemuda cari kerja di kedai perabot

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,177
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,177
Reaction score
6,705
Points
881
Awards
1
Lelaki Pakistan ditahan, liwat pemuda cari kerja di kedai perabot

MELAKA: Hasrat seorang pemuda untuk mencari kerja bertukar tragedi hitam apabila diliwat oleh lelaki warga asing di sebuah kedai perabot di Tanjung Minyak, dekat sini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi semalam, ketika mangsa berusia 22 tahun datang ke sebuah kedai perabot di Tanjung Minyak, di sini.

Beliau berkata, mangsa bertanya kepada seorang lelaki Pakistan yang juga penjaga kedai mengenai kerja kosong sebelum diajak naik ke tingkat atas kononnya untuk bertemu dengan pengurus premis.

"Sejurus pengadu naik ke tingkat atas dia mendapati tiada sesiapa dan hanya tempat simpanan perabot.

"Tiba-tiba suspek menarik tangan mangsa dan mengheretnya ke dalam sebuah bilik kecil di tingkat atas.

"Suspek kemudian membuka seluar pengadu secara paksa sebelum meliwatnya. Dalam keadaan cemas itu, mangsa cuba melepaskan diri tetapi suspek menahannya namun dia menjerit dan berjaya melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini.

Zainol berkata, mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik dan baru menamatkan pengajiannya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bertindak atas maklumat, katanya, suspek yang juga jurujual berusia 36 tahun itu ditahan pegawai dan detektif Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka hari sama jam 6.30 petang.

"Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek adalah negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 11 Ogos ini bagi membantu siasatan.
 
Sponsored Post

WhatsApp-Image-2024-08-07-at-1.59.09-PM.jpeg
Pendatang asing dari pakistan diperintahkan untuk ditahan reman selama lima hari selepas disyaki melakukan seks luar tabii terhadap seorang pemuda yang mencari kerja, semalam. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

mlk-reman-liwat.jpeg
SUSPEK diperintahkan ditahan reman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka bagi membantu siasatan kes liwat seorang pemuda.
 
Aku dgn org asing ni mmg jnis kasar sikit. Xde nk bg muka...Ko aku ko aku jer aku bahasakan.. xde nye aku nk tukar sleng.. org kita ni bila ckp dgn bangsa asing sleng ikut ckp diorg lpstu siap mesra senda gurau.. maunya diorg tak naik lemak...
Xleh pukul rata....xsalah pun hormat menghormati sesama manusia bkn rugi
 
WhatsApp-Image-2024-08-07-at-1.59.09-PM.jpeg
Pendatang asing dari pakistan diperintahkan untuk ditahan reman selama lima hari selepas disyaki melakukan seks luar tabii terhadap seorang pemuda yang mencari kerja, semalam. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

mlk-reman-liwat.jpeg
SUSPEK diperintahkan ditahan reman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka bagi membantu siasatan kes liwat seorang pemuda.
ok dah kena tahan ..
dah ada keje kosong 1 kat kedai perabut tu .. esok lusa boleh apply ..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register