BTC USD 38,295.0 Gold USD 1,810.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Nigeria perdaya ibu tunggal diberkas

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,657
Reaction score
2,596
Points
201

Lelaki Nigeria perdaya ibu tunggal diberkas​

lovescam_1623746585.jpg
Antara barangan yang dirampas bersama lelaki warga Nigeria yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan ‘love scam’. - Foto IHSAN POLIS
MELAKA: Seorang lelaki Nigeria yang menjadikan ibu tunggal sebagai mangsa penipuan 'love scam' sehingga kerugian RM78,200, ditahan polis Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri Superintendan E Sundra Rajan berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan polis JSJK Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Alor Gajah dalam Ops Tiong di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, suspek ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti 'love scam' dan menggunakan nama Mahmudin Jafaar di Facebook
.

"Siasatan mendapati suspek menjalankan aktiviti penipuan bersama rakan penjenayah lain dan usaha mengesan individu itu sedang dijalankan.

"Semakan mendapati suspek tinggal di negara ini sejak Mac tahun lalu menggunakan pas lawatan," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas tiga telefon bimbit, 14 keping kad pengeluaran wang automatik (ATM) pelbagai bank yang didaftarkan atas nama individu lain, sampul kurier, pasport dan juga sebuah iPad.

"Semakan terhadap pas lawatan suspek juga mendapati ia sudah tamat tempoh dan lelaki berkenaan tinggal lebih masa di negara ini," katanya.

Sundra Rajan berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang guru agama kerugian lebih RM78,000 selepas diperdaya lelaki yang baru dikenali melalui Facebook akhir bulan lalu.

Mangsa berusia 49 tahun terpedaya selepas dijanjikan suspek untuk memberinya hadiah perkenalan.
 
Sponsored Post

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,263
Reaction score
1,261
Points
111
Banyak2 lelaki melayu yg hensem, Nigeria juga yg di pilih...... Kesian dloadman
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register