BTC USD 40,790.6 Gold USD 1,839.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki misteri bertongkat masuk laman rumah tanpa kesan

Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
'Dia mengaku ada ilmu diamkan anjing’

SUNGAI PETANI – Seorang penduduk di Taman Cengal Jaya di sini, masih tidak dapat melupakan kejadian misteri dikunjungi seorang lelaki warga emas berkain pelekat dan bertongkat pada pukul 6 pagi kelmarin.

K. Tiyagarajan, 64, atau mesra dipanggil Peter berkata, lebih mengejutkan, lelaki itu yang masuk ke kawasan rumahnya dengan memanjat pagar mampu mendiamkan dua ekor anjing peliharaannya jenis Rottweiler.

Menurut peniaga alat ganti kenderaan itu, selepas berjaya masuk, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an tersebut dilihat berlegar-legar di kawasan rumah.

“Sebelum itu, saya dengar bunyi salakan anjing, saya sangka musang masuk sebab rumah saya terletak bersebelahan kebun kelapa sawit.

“Biasanya anjing ini menyalak lama, tetapi keadaan itu tidak berlaku semalam (kelmarin) lalu saya intai melalui tingkap bilik di tingkat bawah yang terletak bersebelahan kandang haiwan tersebut,” katanya di sini semalam.

lead-2-750x417.png

Peter melihat anjing peliharaannya jenis Rottweiler yang dikatakan diam selepas dikunjungi seorang lelaki misteri kelmarin.

Peter terkejut apabila lelaki misteri itu turut mengintai lalu menjerit memanggil dua anak lelakinya yang tidur di tingkat atas.

Jelasnya, dia nampak dengan jelas wajah warga emas itu yang didakwa berlainan daripada orang biasa, manakala anjingnya pula hanya diam memerhatikan mereka tanpa menyalak.

“Saya bertanya kepada lelaki itu mengenai tujuannya dan minta dia beredar segera sebelum saya menghubungi polis.

“Dia beritahu mencari kakak kandungnya yang tinggal di sini dan mempunyai ilmu untuk mendiamkan anjing,” katanya.

Mendengar pengakuan itu, Peter dan isterinya, M. Mageswari, 74, semakin takut dan meminta anak mereka merakam gelagat lelaki tersebut.

Ceritanya, warga emas itu bukan penjenayah kerana barangannya tidak dilarikan.

misteri4-750x471.png

Peter menunjukkan kesan kotoran pada dinding pagar rumahnya.

“Dia sempat bertanya adakah urusan (merakam gambar) sudah selesai. Kemudian dia panjat pagar dan pergi ke kereta jenis Proton Iswara berwarna merah sebelum beredar,” katanya. Peter membuat laporan di Balai polis Sungai Petani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Serbuan dilakukan di rumah lelaki itu di sebuah taman perumahan 4 kilometer dari lokasi kejadian semalam.

“Semakan mendapati dia yang tinggal bersama isteri dikatakan tidak waras dan tiada tindakan diambil terhadapnya,” katanya.- K! ONLINE

 

simplest_box

Super Active Member
Messages
5,375
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Anjing ni kdg2 bising bila ko kat luar pagar je.
Bila dh masuk jadi member plak
 

lats840

Active+ Member
gem
Messages
3,354
Joined
Mar 15, 2009
Messages
3,354
Reaction score
1,010
Points
111
Anjing ni kdg2 bising bila ko kat luar pagar je.
Bila dh masuk jadi member plak
Rottweiler tu....
Dio tenung je, den dah angkat kaki...
Hahahaa....

Tp ado eh ilmu tnduk anjing...
Mcm mnarik... Mana tu bleh guna kan time kecemasan..
 

simplest_box

Super Active Member
Messages
5,375
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Ada pengalaman ka mcm tu bro....ceta sikit tinggi ilmu nie
Xde. Tgk kat utube je. Anjing ni bila ada hadangan dpn dia kuat menyalak. Bila depan2 kdg2 senyap, kdg2 lari. Satu lg trick nk kasi anjing senyap ko buat2 tunduk amik batu
 

simplest_box

Super Active Member
Messages
5,375
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Rottweiler tu....
Dio tenung je, den dah angkat kaki...
Hahahaa....

Tp ado eh ilmu tnduk anjing...
Mcm mnarik... Mana tu bleh guna kan time kecemasan..
Haa jenis rottweiler ni mmg den takdo ilmu lah. Jenis mcm anjing gila jgk ni, main ngap je
 

lats840

Active+ Member
gem
Messages
3,354
Joined
Mar 15, 2009
Messages
3,354
Reaction score
1,010
Points
111
Haa jenis rottweiler ni mmg den takdo ilmu lah. Jenis mcm anjing gila jgk ni, main ngap je
Teringat den zaman skolah dulu...
Ado anjing mnyalak dari dlm pagar rumah....
Den dgn member2 pun bantai la gelak kan anjing tu, anjing tu terkebil kebil... Diam je....
Skali dio lompat pagar rumah tu, mnggelupor smua org lari....
Hahhahha...

Off topic lak yo...
 

pudins70

Super Active Member
gem
Messages
9,368
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,368
Reaction score
1,050
Points
151
Xde. Tgk kat utube je. Anjing ni bila ada hadangan dpn dia kuat menyalak. Bila depan2 kdg2 senyap, kdg2 lari. Satu lg trick nk kasi anjing senyap ko buat2 tunduk amik batu
Ha,,ha,, ni teknik paling berkesan.
Daripada sekolah rendah buat teknik ni, tak pernah lagi gagal.
 

abah5851

Active+ Member
Messages
2,808
Joined
Dec 5, 2014
Messages
2,808
Reaction score
253
Points
51
hati bersih anjing pun tahu... tu yang tak menyalak..hik3. gi dgr cerita laila majnun...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register