Lelaki menyamar wanita mengaku tidak bersalah curi duit surau

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,929
Reaction score
1,692
Points
151
Lelaki menyamar wanita mengaku tidak bersalah curi duit surau
UTU_PRK_CURI-TABUNG.jpeg
MUHAMMAD Waafi Azahari (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Parit, Perak selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri wang tabung sebuah surau di Batu Gajah. - UTUSAN/SHAARANI ISMAIL
PARIT: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri wang tunai tabung Surau Al Solahiah Kampung Tersusun Taman Tasek Permai, dekat Batu Gajah, Jumaat lalu.

Muhammad Waafi Azahari, 29, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan ke atasnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 10.57 pagi dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dikenakan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fairoz Abd Mutalib di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd. Yusof manakala tertuduh diwakili peguam, Rajit Gill.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, seorang lelaki yang menyamar dengan memakai jubah wanita untuk mencuri wang dari tabung surau dilaporkan ditahan polis selepas kegiatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku Jumaat lalu di Surau Al-Solehiah Kampung Tersusun, Taman Tasek Permai.

Katanya, suspek ditahan polis Sabtu lalu kira-kira pukul 8.30 malam di Jalan Restu, Kampung Serdang Permai dekat sini selepas ahli jawatan kuasa surau memeriksa rakaman CCTV dan mengenal pasti kenderaan digunakan suspek.

Suspek juga dikesan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau yang antaranya di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan pada Ogos lalu kerana mencuri wang dalam tabung masjid di Jelapang Ipoh.

Ketika ditahan, polis menemukan wang tunai sebanyak RM100, sehelai jubah wanita bewarna hitam, sehelai tudung berwarna hitam, sehelai seluar panjang berwarna hitam, satu beg dan satu beg sandang yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan curi. – UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
974
Reaction score
455
Points
41
Ini betul "melayu kalah lagi"

Tengok badan sado..otak pun masih boleh guna, boleh faham tuduhan mahkamah.

Sebelum ni pun kena dakwa curi duit masjid jelapang?

Sedih mengenang anak melayu yg "kalah"..hanya mampu curi duit berapa la sgt drp tabung masjid?

Kederat muda mcm ni patutnya diguna utk kemajuan diri, bangsa, agama.

Sedih...
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,929
Reaction score
1,692
Points
151
Kene tukar cara sedekah
Pakai ewallet aje la
 

mrhulk

Fun Poster
Joined
May 2, 2017
Messages
105
Reaction score
17
Points
15
Lelaki menyamar wanita mengaku tidak bersalah curi duit surau
View attachment 300923MUHAMMAD Waafi Azahari (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Parit, Perak selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri wang tabung sebuah surau di Batu Gajah. - UTUSAN/SHAARANI ISMAIL
PARIT: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri wang tunai tabung Surau Al Solahiah Kampung Tersusun Taman Tasek Permai, dekat Batu Gajah, Jumaat lalu.

Muhammad Waafi Azahari, 29, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan ke atasnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 10.57 pagi dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dikenakan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fairoz Abd Mutalib di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd. Yusof manakala tertuduh diwakili peguam, Rajit Gill.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, seorang lelaki yang menyamar dengan memakai jubah wanita untuk mencuri wang dari tabung surau dilaporkan ditahan polis selepas kegiatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku Jumaat lalu di Surau Al-Solehiah Kampung Tersusun, Taman Tasek Permai.

Katanya, suspek ditahan polis Sabtu lalu kira-kira pukul 8.30 malam di Jalan Restu, Kampung Serdang Permai dekat sini selepas ahli jawatan kuasa surau memeriksa rakaman CCTV dan mengenal pasti kenderaan digunakan suspek.

Suspek juga dikesan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau yang antaranya di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan pada Ogos lalu kerana mencuri wang dalam tabung masjid di Jelapang Ipoh.

Ketika ditahan, polis menemukan wang tunai sebanyak RM100, sehelai jubah wanita bewarna hitam, sehelai tudung berwarna hitam, sehelai seluar panjang berwarna hitam, satu beg dan satu beg sandang yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan curi. – UTUSAN ONLINE
biasanya orang yang tak mengaku bersalah ni biasa dah ada peguam bela.......boleh lepas kes tak kalau takde peguam bela?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register