hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,766
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,766
- Reaction score
- 1,292
- Points
- 201
Lelaki meninggal dunia ketika pecah rumah
KLUANG - Seorang daripada empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Jalan Laksamana Sunrise Park, di sini, pada Jumaat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin, punca sebenar kematian suspek masih dalam siasatan.
“Kecederaan si mati pada bahagian tangan kanan berkemungkinan menyebabkan cedera pada salur darah utama kerana banyak kesan darah ditemui di lokasi.
“Punca kecederaan masih lagi dalam siasatan sama ada akibat terkena pada pagar besi rumah atau objek lain ketika pecah masuk rumah atau ketika melarikan diri apabila menyedari penduduk dan pihak polis sampai.
Tambah Nik Mohd Azmi, dua lagi suspek berjaya ditahan polis, namun seorang suspek berjaya melarikan diri.
"Polis bagaimanapun telah mengenal pasti identiti suspek dan sedang giat mengesan suspek.
Siasatan mendapati kesemua suspek berusia dalam lingkungan 29 hingga 48 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan jenayah dan narkotik selain ujian air kencing bagi kedua-dua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis meth," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menurutnya, kematian suspek ketika ini dikategorikan sebagai mati mengejut.
Artikel Sinar Harian