Lelaki mengamuk tembak mati 4 mangsa, 5 cedera di AS

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
ST LOUIS (Missouri): Seorang pekerja loji tenaga Switzerland menembak mati tiga mangsa dan mencederakan lima yang lain sebelum bertindak membunuh diri, Khamis (waktu Amerika Syarikat), akibat tidak berpuas hati dengan syarikat dia bekerja.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan nama penyerang terbabit tetapi berkata, lelaki itu dipercayai penembak yang ditemui mati di dalam loji ABB di sini.

“Kami yakin dia adalah penembak terbabit. Pihak polis tidak melepaskan sebarang tembakan,” kata Ketua Polis daerah itu, Dan Isom.

Beliau berkata, tiga yang cedera masih berada dalam keadaan kritikal.

Terdahulu, apabila anggota polis menggeledah pejabat tenaga ABB, mendapati suspek adalah Timothy Hendron, 51, iaitu pekerjaa di loji terbabit dan dilaporkan sudah bercerai dengan seorang anak lelaki remaja. - AFP
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register