BTC USD 87,444.8 Gold USD 3,009.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki mengamuk: Sah 4 polis parah ditetak, suspek meninggal dunia

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,008
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,008
Reaction score
6,854
Points
881
Awards
1
Lelaki mengamuk: Sah 4 polis parah ditetak, suspek meninggal dunia

TANGKAP layar video tular kehadiran polis di lokasi kejadian. FOTO tular
TANGKAP layar video tular kehadiran polis di lokasi kejadian. FOTO tular
Sungai Petani: Empat anggota polis mengalami kecederaan ketika proses menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Utama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika proses menangkap lelaki berusia 32 tahun itu, suspek menghayunkan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan dalam usaha untuk mempertahankan diri.

Beliau berkata, kesemua anggota polis terbabit berusia antara 30 hingga 50-an dan mengalami kecederaan di kepala, tangan, bahu serta pinggul.

"Bagaimanapun, dua anggota polis yang berusia 40-an dan 50-an masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala dua lagi anggota yang berusia 20-an sudah dibenarkan keluar hospital.

"Suspek pula dilaporkan meninggal dunia pada 1.04 pagi tadi dan laporan bedah siasat belum diperoleh setakat ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Azharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu kerana kes masih dalam siasatan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register