Lelaki menang hak bakar mayatnya

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
LONDON - Mahkamah Rayuan Britain memutuskan kelmarin bahawa seorang lelaki berumur 71 tahun, Davender Ghai mempunyai hak untuk mayatnya dibakar dalam satu pengebumian tradisi penganut Hindu di tempat terbuka apabila dia meninggal dunia.

Ghai sebelum ini mahu mayatnya dibakar di sebuah tempat terbuka di satu kawasan terpencil di utara England selepas dia meninggal dunia.

Pada tahun lalu, seorang hakim mahkamah tinggi membuat keputusan bahawa pembakaran mayat seperti itu dilarang oleh undang-undang United Kingdom. Undang-undang itu menyatakan semua pembakaran mayat mesti dilakukan di dalam sebuah bangunan yang mempunyai dinding dan bumbung.

Namun, Ghai membuat rayuan berhubung keputusan itu dan mahkamah rayuan kelmarin memutuskan permintaan lelaki tersebut dibenarkan berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Pada setiap masa, saya menaruh keyakinan bahawa keadilan akan terlaksana. Kini saya boleh meninggal dunia dalam keadaan aman," kata Ghai. - Agensi
 
Top
Log in Register