Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 64,311
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 64,311
- Reaction score
- 7,067
- Points
- 916
- Awards
- 1
28.08.2024 - Seorang lelaki warga Pakistan maut akibat terkena renjatan elektrik ketika berada di tapak karnival makanan berhampiran pasar raya, di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.50 malam tadi.
“Sebaik anggota polis tiba di lokasi, didapati mangsa berusia 32 tahun terbaring di atas pentas utama. Kejadian berlaku apabila mangsa memegang besi khemah di salah sebuah gerai. Akibatnya mangsa terkena renjatan elektrik sebelum tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian dibawa ke pentas berhampiran untuk diberikan bantuan awal,” katanya tadi.
Mohd Ambia berkata, orang awam yang disoal siasat memaklumkan kejadian berlaku ketika hujan lebat, selain terdapat peniaga dan pengunjung berada di kawasan sama. Menurutnya, karnival itu yang berlangsung selama dua minggu bermula 16 Ogos lalu mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).” Mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Punca kematian adalah disebabkan renjatan elektrik,” katanya.