Lelaki maut terjatuh jejambat selepas terlibat kemalangan

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
polis-jalan-siasatam-e1600691951265.jpg


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar daripada kenderaannya sebelum terjatuh dari jejambat setinggi lima meter selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 7.6 Kerinchi Link arah Damansara di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 7 malam tadi membabitkan sebuah kereta jenis Kia Spektra dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner.

Difahamkan, kejadian itu disedari peronda Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) ketika membuat rondaan cegah kemalangan.

Hasil pemeriksaan peronda terbabit mendapati seorang lelaki berada di laluan bawah jejambat.

Mangsa dipercayai terjatuh selepas tercampak keluar dari kenderaannya.

Difahamkan pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian ketika ini.


== kosmo online
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,572
Reaction score
11,550
Points
2,376
Sian
Mati sebab terjatuh
Mungkin kalau tak terjatuh dia boleh selamat
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
Lelaki maut terjun jejambat

KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.


Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu membunuh diri memberhentikan keretanya di bahu jalan secara tiba-tiba di Kerinchi Link, di sini, menyebabkan berlaku kemalangan dengan kenderaan lain, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 8.20 malam.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat kesan kerosakan antara dua kenderaan iaitu kereta Kia Spectra dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner.

"Siasatan awal mendapati kereta Kia Spectra dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun bergerak dari arah Damansara menghala ke Lebuhraya Persekutuan sebelum pemandu itu tiba-tiba menekan brek dan memberhentikan kenderaannya.

"SUV Toyota Fortuner dipandu lelaki berusia 20 tahun yang berada di belakang kereta berkenaan tidak sempat menekan brek lalu melanggar belakang dan menyebabkan Kia Spectra itu rapat ke pembahagi jalan di sebelah kanan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, pemandu Kia Spectra itu kemudian dipercayai keluar dari kenderaannya dan berada di atas pembahagi jalan sebelum terjun ke bawah jejambat berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan di Kerinchi Link menghala ke arah Damansara dari ketinggian kira-kira 15 meter.

"Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi. Kes kemalangan itu disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas 1959 oleh pegawai penyiasat JSPT, manakala kes bunuh diri yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dirujuk kepada Ketua Balai Polis Pantai," katanya.


== hmetro
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,835
Reaction score
1,878
Points
206
kes dari jalan tun razak
mamat ni langgar org
pastu pandu lawan arus sampai ke kerinchi link n accident kat sana

masa lari ni ramai rempit p kejar lawan arus jugak
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,427
Reaction score
21,052
Points
1,671
60thn.

pakcik tu terjun takot kena katok ke
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,109
Reaction score
115
Points
43
berita mcm x sama je, mmg niat nk bunuh diri ke tercampak sbb kemalangan ke cmne ni 😅
 

amieshoro

Active+ Member
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,598
Reaction score
95
Points
40
ohhh.. ada nampak video kereta nie lawan arus pastu banyak motor kejar...
cara pandu macam org muda.. tak sangka umur dah 60
 
Sponsored Post
Top
Log in Register