Lelaki Maut Rempuh Belakang Lori

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
13,225
Reaction score
2,505
Points
236
29.01.2020 - Kepala Batas, Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan di pondok Plaza Tol Sungai Dua menghala ke utara, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Tan Chung Swee, 42, yang berasal dari Taman Kenchana, Butterworth disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan selain patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sebelum kejadian sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 24 tahun memperlahankan kenderaannya bagi menyentuh kad Touch ‘n Go di pondok plaza tol.

Bagaimanapun, menurutnya pemandu kereta berkenaan gagal memperlahankan kenderaannya dan merempuh bahagian belakang lori sehingga menyebabkan dia tersepit di tempat duduk pemandu.

"Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala serta badan dan patah kaki kanan.

"Pasukan perubatan yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu telah pun meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Noorzainy berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kejadian itu dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.







Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/67876/BERITA/Tragedi/Lelaki-maut-rempuh-belakang-lori
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,730
Reaction score
394
Points
81
Tngk pada kerosakan kenderaan memang laju nie
 

steelheart

Fun Poster
Joined
Mar 20, 2012
Messages
734
Reaction score
55
Points
20
Kereta conti yg lengkap dgn ciri2
Tngk pada kerosakan kenderaan memang laju nie
Bolih jadi laju tu, ataupon driver terlelap ataupon driver mabuk baru pulang dari club.. kejadian pukul 5 pagi memang waktu yg sunyi dan hening..
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,297
Reaction score
114
Points
33
laju ye bang.. ka mabok.. tu makan dia..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register