BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut, Rakan Parah Bergaduh Di Pusat Hiburan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
451,751
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
451,751
Reaction score
36,868
Points
2,836
Awards
2

Lelaki maut, rakan parah bergaduh di pusat hiburan​


16 JUN 2024

2692262.jpg

Lokasi kejadian berlakunya pergaduhan sehingga menyebabkan seorang maut dan seorang lagi parah.


KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bandaran Berjaya di sini, awal pagi Ahad.

Lelaki berusia 20-an itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa adalah awak-awak bot nelayan warga Indonesia namun mempunyai dokumen yang sah masuk ke negara ini.

“Kedua-duanya terlibat dalam pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham dengan suspek.

“Akibat pergaduhan itu, kedua-dua mangsa yang parah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia dan seorang lagi masih menerima rawatan di hospital,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Rondaan Bermotosikal Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Dataran Deasoka, di sini, pada Ahad.

Kasim berkata, pergaduhan itu dipercayai bermula di dalam premis pusat hiburan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan polis mengesan ada suspek namun belum dapat mengenal pasti identiti sebenar mereka.

“Usaha mengesan dan mengenal pasti suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu akan dilakukan,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register