BTC USD 47,409.3 Gold USD 1,759.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki maut motosikal rempuh kereta jururawat

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,286
Reaction score
395
Points
91
FB_IMG_1627727635011.jpg
FB_IMG_1627727636998.jpg
FB_IMG_1627727638948.jpg
FB_IMG_1627727640883.jpg
FB_IMG_1627727642812.jpg
FB_IMG_1627727647387.jpg

Lelaki maut motosikal rempuh kereta jururawat

ALOR GAJAH – Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta dipandu jururawat wanita di lampu isyarat Jelatang di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa Achmad Alam Sah Hasan, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Tampin, Negeri Sembilan.

“Sampai di simpang lampu isyarat Jelatang, motosikal mangsa telah merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kelemak meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, difahamkan mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Keru Dusun, Tampin selepas habis syif bekerja.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku disebabkan mangsa melanggar lampu isyarat.

“Pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang jururawat Hospital Alor Gajah berusia 26 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Gambar Media sosial
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,754
Reaction score
850
Points
121
Adeh...baru nak maki pemandu kereta tu.
Pada keluarga mangsa bertabah sajalah, kot kot boleh jadi pengajaran pada yang masih hidup.
Baru semalam nampak pak lebai 2 orang baru keluar masjid langgar lampu merah.
 

fadl

Fun Poster
Joined
Feb 3, 2013
Messages
689
Reaction score
111
Points
33
Tengok nama macam bangla.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,305
Reaction score
21,608
Points
1,671
Terbalik myvi. Laju moto tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register