BTC USD 69,597.3 Gold USD 2,412.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Motosikal Bertembung Pacuan Empat Roda

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
444,001
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
444,001
Reaction score
35,415
Points
2,836
Awards
2

Lelaki maut motosikal bertembung pacuan empat roda​


12 APR 2024

2611627.jpg


Keadaan motosikal ditunggang mangsa. Foto Ihsan PDRM


JEMPOL – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang bertembung dengan pacuan empat roda di laluan bertentangan selepas didakwa memotong beberapa kenderaan di Jalan Utama Palong 3 di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam 1.18 tengah hari itu berlaku ketika mangsa berusia 49 tahun dalam perjalanan dari arah Palong 4 ke Palong 3.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 68 tahun dalam perjalanan dari Pasir Besar hendak ke Palong 4.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai telah memotong beberapa kenderaan yang berada di hadapannya, namun ketika ingin masuk semula ke laluannya telah bertembung dengan pacuan empat roda itu di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa telah tercampak ke atas jalan dan motosikalnya telah diseret lebih kurang 10 meter.

Chang Hook berkata, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Palong 4,5,6 bagi mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 3.40 petang akibat kecederaan parah di kepala.

“Pemandu pacuan empat roda pula tidak mengalami sebarang kecederaan, namun dia telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Muhammad Imran Sharwandy Suwandi Yazid (Pegawai Penyiasat Trafik) ditalian 012-6434489 bagi membantu siasatan.


 
Sponsored Post

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam 1.18 tengah hari itu berlaku ketika mangsa berusia 49 tahun dalam perjalanan dari arah Palong 4 ke Palong 3.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 68 tahun dalam perjalanan dari Pasir Besar hendak ke Palong 4.

Chang Hook berkata, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Palong 4,5,6 bagi mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 3.40 petang akibat kecederaan parah di kepala.

“Pemandu pacuan empat roda pula tidak mengalami sebarang kecederaan, namun dia telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol bagi membantu siasatan,” katanya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register