Lelaki Maut Kereta Terjunam Ke Dalam Longkang

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
19.10.2020 - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang besar di Sungai Batu, di sini, malam tadi. Mangsa yang maut dikenali sebagai Chan Yang Wai, 20, manakala yang cedera dikenali sebagai Chia Kah Lok berumur 18 tahun.

Ketua Jabatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, kereta Toyota Vios yang dinaiki mangsa dari arah Jalan Kepong menghala ke Bulatan Kepong dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

“Pemandu kereta mati di tempat kejadian manakala penumpang hadapan berjaya diselamatkan orang awam. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan lelaki yang cedera dirawat di hospital yang sama,” katanya kepada Bernama.

Zulkefly berkata kedua-dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap pusat gerakan operasi bomba Kuala Lumpur berkata pihaknya mengerahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan BBP Sentul dengan 20 anggota bomba ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar dari kereta pada 11.58 malam,” katanya.

Screenshot-3042.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891368
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,042
Reaction score
153
Points
33
BOMBA membantu mangsa kemalangan. FOTO Ihsan Bomba


Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan kereta dipandunya terbabas dan masuk ke dalam sungai di Bulatan Kepong, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira 10 malam itu menyebabkan pemandu, Chan Yang Wai berusia 20 tahun meninggal dunia di lokasi, manakala penumpang, Chia Kah Lok, 18, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mereka yang datang dari arah Jalan Kepong menghala ke Bulatan Kepong hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke Sungai Batu yang berhampiran dengan lokasi kejadian.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala penumpang pula berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, mayat pemandu berkenaan dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Bedah siasat terhadap mayat pemandu berkenaan akan dilakukan pada 11.30 pagi nanti," katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.55 malam tadi.

"Seramai 20 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan BBP Sentul dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar.

"Terdapat dua mangsa lelaki berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dari dalam longkang dengan sedalam lima meter yang kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.


== hmetro
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
umo 20 ~ 18 dah pandai alkohol .. pergila belajar kat kolej dulu ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register