Lelaki maut kereta langgar tiang lampu isyarat

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
UTU_PRK_MATI-LANGGARTIANG.jpeg


TAPAH: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya melanggar tiang lampu isyarat di Kilometer 80.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Pekan Sungkai di sini hari ini.

Nahas pada pukul 11.45 pagi itu mengakibatkan, Muhammad Amirul Hakim Alya, 26, yang memandu Perodua Bezza serta rakannya, Nurul Musfirah Ishak, 25, cedera di beberapa bahagian badan.

Bagaimanapun, Muhammad Amirul Hakim yang dihantar ke Klinik Kesihatan Sungkai untuk rawatan kecemasan meninggal dunia pada pukul 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari Tanjung Malim menuju ke Tapah.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang lampu isyarat.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang Perodua Bezza itu cedera. Pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sungkai.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala rakan sekerjanya menerima rawatan di Hospital Slim River,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati punca kemalangan akibat terbabas sendiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


== UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,903
Reaction score
768
Points
121
kejar lampu hijau rasannya ni. Biasanya kita speed time lampu hijau... depan kita ada kereta pulak.. sama sama speed.. tetiba lampu tukar jadi kuning... kereta depan brek mengejut nak berenti.. kita tak sempat nak berenti.. elak kereta depan... tu yang langgar tiang lampu traffic...

pada andaian ambe .. cam ni la kot
 

kopininja

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2011
Messages
5,344
Reaction score
116
Points
73
kejar lampu hijau rasannya ni. Biasanya kita speed time lampu hijau... depan kita ada kereta pulak.. sama sama speed.. tetiba lampu tukar jadi kuning... kereta depan brek mengejut nak berenti.. kita tak sempat nak berenti.. elak kereta depan... tu yang langgar tiang lampu traffic...

pada andaian ambe .. cam ni la kot

Andaian aku pulak tgh gaduh dlm kete

Pastu hati panas bwk kete laju2

Hilang kawalan kebabom langgar tiang

pada andaian ambe .. cam ni la
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,903
Reaction score
768
Points
121
Andaian aku pulak tgh gaduh dlm kete

Pastu hati panas bwk kete laju2

Hilang kawalan kebabom langgar tiang

pada andaian ambe .. cam ni la
ada logiknya tuan...boleh diketengahkan teori tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register