Lelaki maut kereta jatuh gaung

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,833
Reaction score
138
Points
33
wira_gaung_1601139352.jpg


SEGAMAT: Seorang lelaki maut manakala wanita dipercayai isterinya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke gaung di Jalan Segamat-Gemas, dekat Taman Anggerik di Gemas Baharu di sini, malam tadi.

Kejadian jam 7.40 malam menyebabkan Chin Ah Kaw, 52, yang memandu Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian.

Wanita itu, Lai Nyee Moi, 54, cedera di beberapa bahagian badan dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhammad Hazim Abd Razak, berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat dikerah ke lokasi untuk membantu mengeluarkan dua mangsa yang tersepit.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


== bharian
 
Top
Log in Register