hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,069
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,069
- Reaction score
- 1,241
- Points
- 201
Lelaki maut dalam pergaduhan
Segamat: Lelaki maut dipercayai akibat libasan dan tetakan parang dalam pergaduhan di depan sebuah kediaman di Taman Sejati, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki dan wanita pada 9 malam.
"Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan mangsa yang berusia 30 tahun.
"Mangsa dipercayai telah membuat bising di hadapan rumah suspek sebelum berlaku pergaduhan dan berakhir dengan mangsa terbunuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, siasatan mendapati beberapa rakan mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut mengalami cedera dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Segamat.
Menurutnya, kenderaan milik keluarga suspek turut dirosakkan rakan mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek.
"Susulan itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan belasan tahun hingga 40 tahun pada 12.30 tengah malam tadi untuk siasatan lanjut.
"Turut ditahan tiga lagi lelaki yang menyebabkan khianat dan rusuhan," katanya.
Menurutnya, semakan mendapati suspek utama mempunyai tujuh rekod lampau.
Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 148/302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan.
Kredit Harian Metro