BTC USD 98,586.2 Gold USD 2,656.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Ditetak Dalam Kedai Kopi

Sponsored Post

kalau geng kicap memamg mcm ni la..
tetak orang tak kira tempat...tak fikir langsung pasal orang lain.menyusahkan semua orang
orang kedai tu x pasal2 kene bersihkan darah

mmg puak2 mcm ni kene tembak mati je terus

tahun 2015-2016 polis buat OPS CANTAS..semua geng2 kicap kene tembak mati..

kene buat balik OPS CANTAS ni...

geng2 gensgter masih wujud lagi
 
kalau geng kicap memamg mcm ni la..
tetak orang tak kira tempat...tak fikir langsung pasal orang lain.menyusahkan semua orang
orang kedai tu x pasal2 kene bersihkan darah

mmg puak2 mcm ni kene tembak mati je terus

tahun 2015-2016 polis buat OPS CANTAS..semua geng2 kicap kene tembak mati..

kene buat balik OPS CANTAS ni...

geng2 gensgter masih wujud lagi

Budaya dari tempat asal dibawa sekali

Kena adakan balik unit khas yg dh dibubar sejak kejatuhan kerajaan lama BN
 

Kes dah hampir sebulan, dashcam rakam 2 lelaki berparang kejar, tetak pemandu lori sampai mati dalam kedai kopi di Padang Serai

KES seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, Kulim, Kedah pada 25 Februari lalu kembali tular di media sosial sejak Jumaat.

Ia berikutan video papan pemuka (dashcam) yang memaparkan kejadian itu baru dikongsikan di semua platform media sosial sekali gus mendapat perhatian ramai.

Dalam video itu, kelihatan mangsa yang dikejar suspek dengan sebilah parang panjang di kawasan awam.

Sebelum ini, Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, dalam insiden pada kira-kira 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 27 tahun telah diserang oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.

"Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori telah dikejar oleh kedua-dua suspek dari luar kedai. Mangsa yang cuba menyelamatkan diri dengan memasuki sebuah kedai kopi bagaimanapun telah ditetak sehingga rebah sebelum meninggal dunia di dalam kedai kopi berkenaan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, dada, belakang badan dan muka akibat kesan serangan menggunakan senjata tajam itu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada malam hari kejadian.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek masih dijalankan.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk menghubungi Asisten Superintendan, Azmirul Abd Aziz di talian 019-444 6521 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 04-490 6222," katanya sambil menambah siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Namun, setelah sebulan berlalu, masih tiada sebarang kenyataan terkini dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kes tersebut.

Artikel ➡️ Majoriti
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register