TXT
CG Super Hardcore Club
- Messages
- 450,281
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 450,281
- Reaction score
- 36,618
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Lelaki maut ditetak dalam kedai kopi
25 FEB 2024
Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai dekat Kulim pada Ahad.
ALOR SETAR – Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai dekat Kulim pada Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Safuan Md Noor berkata, dalam insiden pada kira-kira 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 27 tahun telah diserang oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.
“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori telah dikejar oleh kedua-dua suspek dari luar kedai. Mangsa yang cuba menyelamatkan diri dengan memasuki sebuah kedai kopi bagaimanapun telah ditetak sehingga rebah sebelum meninggal dunia di dalam kedai kopi berkenaan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, dada, belakang badan dan muka akibat kesan serangan menggunakan senjata tajam itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek masih dijalankan.
“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk menghubungi ASP Azmirul Abd Aziz di talian 019-4446 521 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 04-4906 222,” katanya sambil menambah siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama
Lelaki maut ditetak dalam kedai kopi
ALOR SETAR - Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai dekat Kulim pada...
www.sinarharian.com.my
Kes dah hampir sebulan, dashcam rakam 2 lelaki berparang kejar, tetak pemandu lori sampai mati dalam kedai kopi di Padang Serai
KES seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, Kulim, Kedah pada 25 Februari lalu kembali tular di media sosial sejak Jumaat.
Ia berikutan video papan pemuka (dashcam) yang memaparkan kejadian itu baru dikongsikan di semua platform media sosial sekali gus mendapat perhatian ramai.
Dalam video itu, kelihatan mangsa yang dikejar suspek dengan sebilah parang panjang di kawasan awam.
Sebelum ini, Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, dalam insiden pada kira-kira 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 27 tahun telah diserang oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.
"Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori telah dikejar oleh kedua-dua suspek dari luar kedai. Mangsa yang cuba menyelamatkan diri dengan memasuki sebuah kedai kopi bagaimanapun telah ditetak sehingga rebah sebelum meninggal dunia di dalam kedai kopi berkenaan.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, dada, belakang badan dan muka akibat kesan serangan menggunakan senjata tajam itu.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada malam hari kejadian.
Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek masih dijalankan.
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk menghubungi Asisten Superintendan, Azmirul Abd Aziz di talian 019-444 6521 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 04-490 6222," katanya sambil menambah siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Namun, setelah sebulan berlalu, masih tiada sebarang kenyataan terkini dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kes tersebut.
Artikel Majoriti
Kulim: Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Saffuan Md Noor berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.20 tengah hari tadi.
Beliau berkata, kejadian berlaku apabila lelaki tempatan berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori diserang dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.
"Kejadian berlaku apabila mangsa dikejar dua suspek dari luar kedai dan ketika cuba melarikan diri dengan memasuki kedai kopi berkenaan, mangsa ditetak menggunakan senjata tajam hingga rebah sebelum meninggal dunia di dalam kedai kopi berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
"Mangsa luka parah kesan serangan senjata tajam di tangan, dada, belakang badan dan bahagian muka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saffuan berkata, polis sedang menjalankan siasatan dan usaha mengesan suspek masih dilakukan ketika ini.
Beliau berkata, sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Asisten Superintendan Azmirul Abd Aziz di talian 019-4446521 atau IPD Kulim di talian 04-4906222.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menular gambar mangsa dan motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.
Artikel Harian Metro