BTC USD 38,280.2 Gold USD 1,830.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki maut dicekik dalam pergaduhan

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,921
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,921
Reaction score
2,730
Points
261
Awards
1
hehe tn Hou_Ou, berkenaan hujah samirah wanita dan ada anak kecil,
dlm penjara sana ramai wanita dan ada yg beranak kecik

even mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan pun tak benarkan

with due respect, i beg to differ on this point :)

Hakim buat keputusan ada tulis rujukan kt mana2 tak?? Contoh klu pembunuh ada 10anak yg ditanggung.. so x leh jatuh hukuman gantung tu pada pembunuh.. ke hakim ikut budi bicara je??
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,546
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,546
Reaction score
15,811
Points
2,066
Awards
1
Hakim buat keputusan ada tulis rujukan kt mana2 tak?? Contoh klu pembunuh ada 10anak yg ditanggung.. so x leh jatuh hukuman gantung tu pada pembunuh.. ke hakim ikut budi bicara je??

tn GamezStar, alasan keputusan Mahkamah based on budibicara beralaskan kes peguam Balwant Singh


ada peguam peguam komen berkenaan hal ikatjamin Samirah ni
peguam peguam ni kata kebenaran ikat jamin ni boleh diperluaskan tanpa tengok pada status sosial atau kumpulan tertentu



Mohon ikat jamin jika ada alasan kukuh, kata peguam selepas Samirah bebas​


May 29, 2019 9:46 AM

Samirah-Muzaffar-bernama-290519-1.jpg


Samirah Muzaffar dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan 2 penjamin, semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua peguam mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan memberi ikat jamin kepada balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan sementara menunggu perbicaraan kes bunuh pada September, mengatakan perkara yang sama perlu diperluaskan kepada semua orang yang mempunyai alasan kukuh untuk mendapatkan pembebasan bersyarat.

M Visvanathan dan Sreekant Pillai berkata mahkamah tertinggi mentakrifkan dengan betul peruntukan di bawah undang-undang dalam keputusannya membebaskan Samirah Muzaffar dengan ikat jamin RM500,000 dengan 2 penjamin.

Selain diberi ikat jamin, mahkamah mengenakan syarat ketat ke atas pergerakan Samirah dengan memerintahkannya kekal di rumah dari jam 6 petang hingga jam 8 pagi.

Samirah didakwa bersama 2 remaja lain membunuh Nazrin di rumahnya di Mutiara Damansara pada 14 Jun tahun lepas.



Mahkamah Tinggi membebaskan remaja tersebut dengan ikat jamin RM50,000 dengan 2 penjamin setiap seorang pada Mac.

Visvanathan yang mengendalikan kes jenayah, berkata ikat jamin bagi individu yang dituduh melakukan kesalahan hukum bunuh tidak boleh dihadkan kepada kumpulan tertentu.

“Saya mengalu-alukan keputusan itu (memberikan ikat jamin kepada Samirah) kerana mahkamah memperbetulkan penafsiran apa yang dimaksudkan Seksyen 388(1) Kanun Prosedur Jenayah dengan maksud yang ‘jelas dan biasa’ bahawa seorang wanita boleh dikenakan ikat jamin jika terdapat alasan yang munasabah untuk permohonannya.

“Saya harap ini bukan keadaan sekali sahaja dan keputusan itu boleh dikenakan kepada semua individu yang mempunyai alasan yang kuat untuk mendapatkan ikat jamin tanpa mengira status sosial mereka,” katanya.

Seksyen 388 menyatakan mahkamah “boleh mengarahkan mana-mana individu di bawah umur 16 tahun atau mana-mana wanita atau mana-mana orang sakit atau lemah” yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau hukuman penjara seumur hidup diberi ikat jamin.

Visvanathan menambah ikat jamin bagi kes pembunuhan yang sama dengan Samirah bukan luar biasa kerana Mahkamah Tinggi pada Ogos 2002, membenarkan ikat jamin RM500,000 kepada peguam Balwant Singh yang dituduh menembak seorang penghantar surat.
Sementara itu, Sreekant berkata keputusan itu boleh membawa harapan kepada orang lain yang ditahan sementara menunggu perbicaraan.

“Mereka yang merasakan mereka berada di bawah kriteria Seksyen 388(1) boleh memohon ikat jamin,” katanya.

Beliau bersetuju dengan Visvanathan bahawa ikat jamin harus dibenarkan bagi individu dengan alasan yang kuat tanpa melihat status sosial mereka, Sreekant juga mengatakan ia harus menjadi “jumlah mereka yang mampu”.

Seorang peguam lain, V Parthipan, memberi amaran permohonan untuk ikat jamin tidak boleh “dilabelkan” kepada semua wanita yang dituduh melakukan kesalahan hukum bunuh.

“Hakim Mahkamah Tinggi masih memiliki budi bicara sama ada atau tidak untuk membenarkan seseorang yang didakwa dibebaskan dengan ikat jamin,” katanya, sambil menambahkan mereka harus dilayan berasaskan kes ke kes.


 

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,084
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,084
Reaction score
555
Points
71
actually hakim pn ada “manual” yg perlu dipatuhi klau depa buat keputusan yg pelik2 pn depa kena mngjawab jgk masa mesyuarat dikalangan hakim2 ni. tu mostly keputusan2 yg agak lain ni pn depa rujuk dulu pd hakim yg lbh tinggi jgk. ni dr pengalaman kes aku hat dulu la.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,353
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,353
Reaction score
17,676
Points
2,536
Awards
1
Sbb tu kita kene kije kuat cari duit & pangkat
Supaya semua kejahatan kita bole bayar
Itu lah surga sebenar

Atas dunia
Ibarat hidup dalam syurga la sebab bebas buat ikut suka sendiri

kalu takde duit & pangkat
Jgn la buat jahat
Tgk je sudah 😂

Berusahalah supaya tidak miskin dunia dan akhirat
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,257
Points
1,831
Awards
1
actually hakim pn ada “manual” yg perlu dipatuhi klau depa buat keputusan yg pelik2 pn depa kena mngjawab jgk masa mesyuarat dikalangan hakim2 ni. tu mostly keputusan2 yg agak lain ni pn depa rujuk dulu pd hakim yg lbh tinggi jgk. ni dr pengalaman kes aku hat dulu la.
Keputusan pelik hakim boleh dicabar masa rayuan. Nnt kua la alasan hakim terkhilaf
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
pastu keadaan kesihatan dia memerlukan constant attention daripada pihak hospital, jadi berada dlm penjara akan menyebabkan kesihatan dia semakin deteriorated
Ye mek.. kire alasan ni mmg kuat la.. silap2 dia "pegi" dulu sblm kes bicara selesai..
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,257
Points
1,831
Awards
1
3 didakwa bunuh

Tiga lelaki termasuk dua beranak dituduh membunuh
FB_IMG_1638334875925.jpg

TIGA lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Pasar Pagi Rumah Pangsa, Jalan Hospital di Ipoh pada 25 November lalu.

IPOH: Tiga lelaki termasuk dua beranak dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Pasar Pagi Rumah Pangsa, Jalan Hospital di sini pada 25 November lalu.

Ramli Lot, 60, dan anaknya, Ismail Rizwan, 34, dan seorang saudara mereka, Mohd Fuzi Ab. Manaf, 47, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd. Darus.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka dituduh melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, di Pasar Pagi Rumah Pangsa, Jalan Hospital di sini di antara pukul 9.50 hingga 11.05 pagi pada 25 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Hakim Hamran.

Pada prosiding itu, Mohd. Hakim memaklumkan Ramli didiagnos mempunyai kemurungan dan gangguan emosi selain pernah menjalani pembedahan pembuangan tumor di kepala pada tahun 2013.

Menurutnya, tertuduh mempunyai temu janji menjalani prosedur imbasan magnetik resonan (MRI) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada 27 Disember ini.

Justeru, Sufi Aiman memohon supaya Ramli dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) untuk penilaian kesihatan mental.

Noor Azreen Liana kemudiannya membenarkan permohonan itu dan menetapkan pada 3 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan mental.

Dalam kejadian 25 November lalu, Muhammad Noor Faqih maut dalam pergaduhan dengan tiga suspek yang dikatakan berpunca daripada isu kecurian pembesar suara mudah alih.

Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka sehingga berlaku pertengkaran mulut yang akhirnya membawa kepada pergelutan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,257
Points
1,831
Awards
1
Anak bapak rupanya
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register