BTC USD 35,225.6 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki maut dicekik dalam pergaduhan

Sponsored Post

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Peguam power, dh lama dlm bidang tu. Contact ramai.

Aku tk ingat ada ke tk kes lain 302 yg dpt jamin. Rasa mcm tkda.
Ye btul..sbnrnya kwn pun 1st time jgk dgr ni.. agak terkejut sbnrnya.. igt kn mmg dah xbole jamin kalau 302kk ni..
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Polis Kenal Pasti Pemilik Akaun Media Sosial Sebar Gambar Berunsur Fitnah

28.11.2021 - Ipoh, Polis sudah mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang dipercayai menularkan gambar berunsur fitnah berhubung kejadian pergaduhan membabitkan empat individu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Ashby di sini, Khamis lalu. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya akan memanggil individu terbabit yang memuat naik gambar di tempat kejadian sehingga mendapat perhatian masyarakat umum yang memaparkan tindakan pegawai polis dari Balai Polis Sungai Senam di sini, meleraikan kejadian pergaduhan berkenaan.

“Siasatan sudah dijalankan dan gambar yang ditularkan itu diambil semasa anggota polis tiba ke tempat kejadian ketika seorang daripada suspek sedang bergelut dengan si mati. Polis bertindak cepat untuk menahan mereka yang terbabit sehingga berjaya menahan ketiga-tiga suspek di tempat kejadian. Orang ramai diminta supaya berhati-hati membuat ulasan sendiri yang tidak benar,” katanya pada sidang media Pelancaran Op Cegah Jenayah Khas Kontinjen Perak di sini yang berakhir kira-kira 3 pagi hari ini.

Gambar yang ditularkan memperlihatkan seolah-olah pihak polis tidak meleraikan pergaduhan itu dan susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Mior Faridalathrash berkata, ketiga-tiga suspek masih dalam tahanan reman dan pihak polis akan merujuk hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya. Tiga bersaudara berusia 34 hingga 60 tahun, direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki dalam pergaduhan di hadapan sebuah warung di Pasar Pagi Flat Ashby.

Mangsa Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dipercayai akibat dicekik semasa bergelut dalam pergaduhan dengan tiga lelaki terbabit kerana dikatakan mencuri ‘portable speaker’.

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...sasar-15200-peniaga-guna-e-dompet-tahun-depan
 
QIPIDELANA

Legendary Member
gem
Messages
10,624
Joined
Dec 13, 2012
Messages
10,624
Reaction score
448
Points
146

Laa berunsur fitnah plak,skang ni kan zaman viral org cepatjer amek gambar/video mungkin bole membantu jadikan bahan bukti.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Mereputlah 302 nyesal tak sudah,kalau dia pakai lawyer bagus mcm Tan Sri Muhammad Shafee mungkin bole jamin la kot walaupun 302 tapi duit kena stndby berjuta la.
Xleh tuan..302 mmg xbole jamin.. kalau ade lawyer pun dia akn fight utk pinda pegi 304..baru ade kemungkinan bole jamin..
Haih kn bini dia dpt jamin hari tu.

Tp ada syarat2 mcm kna brada kt rmh waktu2 trtentu.

By the way, apa cerita yek kes hat ni. Senyap sepi ja lps dpt jaminan hari tu.

aah tn siamanggagap, ada syarat syaratnya, tapi takde lah hebat sangat syaratnya
klu diikutkan ada je org biasa yg berada dlm keadaan mcm ni, tapi takkannya Mahkamah Tinggi layan keadaan mcm ni

saya letak info syarat tu dibawah

oh kes ni tgh dlm bicara, bicara masih belum selesai

@cek mek molek
Ada org cari mek ni

Dear tn QIPIDELANA, tn yussv, tn siamanggagapp, tn TXT yg saya hormati kesemua tuan tuan sekalian,

secara asasnya seksyen 302kk melibatkan jenayah tidak boleh diikat jamin
once tertuduh dituduh di mahkamah dengan s302kk, maka dia tidak boleh diikat jamin.

ok ye, kemudian timbul isu kes bunuh CEO Cradle Fund, yg mana samirah muzaffar sebagai tertuduh yg dituduh dengan s302kk telah dibenarkan ikat jamin
dlm kes ni ye peguamnya adalah TS Muhammad Shafee, dan tertuduh sendiri adalah Samirah Muzaffar, iaitu anak kepada Dr Chandra Muzaffar, renowned dan femes person
peguamnya adalah org terkenal dan tertuduh sendiri adalah anak org terkenal

dlm kes ni tertuduh berjaya diikat jamin dengan nilai rm500k
tapi perlu diingat, mahkamah yg benarkan dia diikatjamin bukanlah mahkamah tinggi, dan bukan juga mahkamah rayuan, tapi mahkamah persekutuan
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tolak permohonannya utk ikatjamin
pastu bawak kes ke peringkat mahkamah Persekutuan, Mahkamah Persekutuan benarkan

tengoklah, sampai ke peringkat mahkamah persekutuan nak fight hanya pasal ikat jamin saja. kes dia baru je kena panggil masa ni, bukan dah peringkat bicara atau dah selesai
tapi baru diperingkat awal pendakwaan kes kat mahkamah

maksudnya mmg s302kk tidak dibenarkan ikatjamin, tapi nun lain kesnya dlm kes ni sampai kena fight di mahkamah persekutuan

ok, meh kita tengok kronologi mengenai ikatjamin Samirah Muzaffar ni

Ada tiga peringkat:
1.peringkat pertama: pada 11/4/2019
Ikat Jamin beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi
https://www.astroawani.com/berita-m...ohonan-ikat-jamin-balu-ceo-cradle-fund-204174

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin Samirah Muzaffar yang menghadapi pertuduhan membunuh suaminya, ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan pada Jun tahun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam tertuduh, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata terdapat kemungkinan saksi-saksi dalam kes itu akan diganggu sekiranya tertuduh dibenarkan diikat jamin.

Menurut beliau, dalam kes ini, pembunuhan didakwa berkaitan dalam kalangan anggota keluarga dan saksi-saksi adalah dalam kalangan anggota keluarga selain kejadian berlaku di rumah tertuduh dan mangsa, justeru, wujud kemungkinan besar untuk saksi-saksi diganggu oleh wanita itu.

Mengenai hujahan pihak perayu (tertuduh) sama ada tertuduh boleh menyediakan pembelaan yang lengkap, Ab Karim berpendapat sudah tentu wanita itu boleh berbuat demikian meskipun berada dalam tahanan reman.

"Pihak peguam bela juga menyatakan surat-surat anak guamnya telah ditapis oleh pihak penjara dan seperti yang dinyatakan oleh pihak penjara, hanya sebahagian kecil sahaja kandungan surat tertuduh ditapis. Saya berpendapat sudah tentu keseluruhan surat telah mencapai maksudnya.

"Tertuduh juga boleh berjumpa peguam selama 45 minit dalam seminggu tertakluk kepada peraturan penjara dan ini tidak menghalang hubungan antara tertuduh dan peguamnya. Jadi tidak mungkin pembelaan tertuduh tidak dapat disediakan," katanya.

Mengenai faktor kesihatan ibu bapa serta dua anak tertuduh yang masih kecil, Ab Karim berkata perkara itu tidak cukup untuk dipertimbangkan oleh mahkamah memandangkan mereka masih mempunyai anggota keluarga rapat yang lain untuk menjaga kebajikan serta kesihatan mereka

2.peringkat kedua: pada 10 Mei 2019

https://www.sinarharian.com.my/arti...h-Rayuan-tolak-permohonan-ikat-jamin-balu-CEO

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Samirah untuk dibebaskan dengan ikat jamin, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang menolak permohonan ikat jamin Samirah.

Permohonan beliau untuk dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan pada 3 Sept ini, telah sebulat suara ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Kamardin Hashim, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"Kami tidak yakin bahawa yang arif hakim (Hakim Mahkamah Tinggi) telah melakukan kesilapan dalam menjalankan budi bicaranya untuk tidak membenarkan jaminan.

"Oleh itu, notis usul ditolak," kata Kamardin yang mengetuai panel hakim berkenaan.

3. peringkat ketiga: pada 29 Mei 2019

https://www.bharian.com.my/berita/k...eo-cradle-fund-isteri-bebas-dengan-ikat-jamin

Semalam, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Samirah, 44, yang didakwa membunuh suaminya, untuk dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin.

Keputusan itu dibuat panel lima hakim diketuai Tan Sri Azahar Mohamed.

Azahar berkata,
a.alasan utama Mahkamah Tinggi sebelum ini bahawa pemohon mungkin akan mengganggu saksi jika dibebaskan adalah dakwaan yang samar dan tanpa bukti.

b.Mahkamah Tinggi juga gagal untuk mengambil kira bahawa wanita yang menghadapi tuduhan membunuh yang sedang menunggu perbicaraan dibenar untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

c.pemohon juga mempunyai dua anak kecil di bawah usia lima tahun yang memerlukan penjagaan serta perhatiannya, selain dia sebelum ini memberikan kerjasama kepada polis sepanjang siasatan dijalankan.

d.Mahkamah turut menetapkan lima syarat terhadap Samirah berikutan keputusan itu iaitu
-ia perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah,
-melaporkan diri kepada balai polis terdekat sekali dalam tempoh dua minggu dan
-perlu berada dalam rumah dari jam 6 petang hingga 8 pagi.
-dia juga tidak boleh berada di sebarang tempat umum dan menghadiri sebarang majlis umum kecuali untuk tujuan keagamaan dan hal ehwal keluarga,
-dia tidak boleh meninggalkan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya tanpa kebenaran mahkamah.

gitulah kiranya tuan tuan sekalian :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register