BTC USD 37,271.6 Gold USD 1,798.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki maut dicekik dalam pergaduhan

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
IMG_20211125_121638_1_1637831040.jpg


Seorang lelaki maut disyaki dicekik dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road di sini, pagi tadi. - Foto NSTP/Balqis Jazimah Zahari

IPOH: Seorang lelaki maut disyaki dicekik dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata polis menerima panggilan daripada seorang wanita kira-kira jam 9.50 pagi memaklumkan terdapat pergaduhan di pasar itu, sebelum anggota polis ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, saksi kejadian yang disoal siasat memberitahu seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Kenari bertanyakan mengenai mangsa, kira-kira jam 7 pagi.


"Kira-kira jam 9 pagi, mangsa tiba seorang diri dengan berjalan kaki dan duduk di kerusi di bawah khemah berhadapan kedai dan memesan minuman.
"Setengah jam kemudian, seorang lelaki datang bersama bapa saudaranya untuk berjumpa dengan mangsa dan berlaku pertengkaran mulut di antara mereka," katanya ketika ditemui hari ini.
Mior Faridalathrash berkata, tidak lama kemudian datang seorang lagi lelaki memegang mangsa dan mencekik lehernya dari belakang, manakala seorang lagi suspek duduk di atas badan mangsa dalam keadaan tertiarap.

"Suspek mencekik mangsa selama hampir 15 minit, sebelum melepaskan mangsa yang selepas itu sudah tidak lagi bergerak," katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian itu polis menahan tiga suspek lelaki berusia 34, 47 dan 60 tahun di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Polis turut merampas pisau lipat milik mangsa di lokasi kejadian.

"Punca kejadian dikatakan mangsa mencuri pembesar suara mudah alih di warung milik seorang daripada suspek yang ditahan," katanya.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati mangsa mempunyai tujuh rekod jenayah lalu termasuk berkaitan dadah.
"Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati luka kecil di dahi kanan dan di tangan kiri. Mayat kemudian dihantar Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

 
Last edited:
Sponsored Post

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40

Kerana pembesar suara, lelaki maut dicekik​


FOTO hiasan
FOTO hiasan

Ipoh: Seorang lelaki maut disyaki dicekik dalam pergaduhan di hadapan warung pasar pagi di Flat Ashby Road, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima panggilan daripada seorang wanita kira-kira jam 9.50 pagi mengatakan terdapat pergaduhan di pasar itu sebelum anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, berdasarkan temubual saksi yang juga pemilik gerai di tempat kejadian memaklumkan datang satu lelaki menaiki kenderaan jenis Perodua Kenari kira-kira jam 7 pagi bertanyakan mangsa.

"Kira-kira jam 9 pagi mangsa tiba seorang diri dengan berjalan dan duduk di kerusi di bawah khemah depan kedai sebelum memesan minuman.
"Setengah jam kemudian datang satu lagi lelaki (berjumpa mangsa). Lelaki itu kemudian beredar namun datang semula dengan bapa saudaranya untuk berjumpa mangsa.
"Kemudiannya berlaku pertengkaran (mangsa dan suspek) sebelum berlaku pergelutan antara mereka. Kedua-dua suspek berjaya memegang mangsa," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, tidak lama kemudiannya datang seorang lagi lelaki yang juga bapa kepada salah satu suspek di situ yang turut memegang mangsa.

"Suspek itu (baru tiba) memeluk leher (mangsa) dari belakang sementara anaknya duduk atas belakang badan mangsa yang berada dalam keadaan meniarap.

"Suspek memaut leher mangsa hampir 15 minit sehingga lemah. Tidak lama kemudian, kawan mangsa datang dan suspek melepaskannya (mangsa) namun ketika itu dia sudah tidak bergerak," katanya.
Katanya, susulan itu polis menahan tiga suspek lelaki berusia 60, 47 dan 34 tahun dilokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis turut merampas pisau lipat milik mangsa di lokasi kejadian," katanya.
Menurutnya, punca kejadian dikatakan mangsa mencuri portable speaker (pembesar suara mudah alih) di warung milik salah seorang suspek.

"Mangsa yang berada ditempat kejadian dikatakan memasang speaker milik suspek dengan kuat sehinggalah berlaku pergaduhan. Mangsa juga di katakan agak kurang siuman," katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa mempunyai tujuh rekod lampau pelbagai kes jenayah termasuk berkaitan dadah.
"Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa terdapat luka kecil di dahi kanan dan di pergelangan tangan kiri.
"Mayat mangsa dibawa ke hospital HRPB untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan masih diteruskan," katanya.

 

findemas

Active+ Member
Messages
3,937
Paid Membership
Joined
Sep 10, 2007
Messages
3,937
Reaction score
313
Points
51
Adoi la pasal pembesar suara je pun marah terlampau. Kan dah jadi kes bunuh tu. Kalau tak 302 paling koman pun 304 ni.
 

pelitaminyak

Super Active Member
gem
Messages
6,372
Joined
Aug 13, 2008
Messages
6,372
Reaction score
1,757
Points
151
Call polis tak sampai 30minit boleh setel........ 5 minit je area tu dgn balai polis sungai senam........ Kes bunuh.......
 

Lantaklah

Fun Poster
Messages
395
Joined
Sep 28, 2021
Messages
395
Reaction score
152
Points
23
Adoi la pasal pembesar suara je pun marah terlampau. Kan dah jadi kes bunuh tu. Kalau tak 302 paling koman pun 304 ni.

Tak payah perbesarkn bab pembesar suara.

Nape tak fokuskn mangsa taik mat pit.
Gian ketagih dadah
 

pelitaminyak

Super Active Member
gem
Messages
6,372
Joined
Aug 13, 2008
Messages
6,372
Reaction score
1,757
Points
151
Tak payah perbesarkn bab pembesar suara.

Nape tak fokuskn mangsa taik mat pit.
Gian ketagih dadah
Kes bunuh kes besar....... Boleh je suruh polis siasat, buat apa nak ambik tindakan sendiri
 

akiyamasan

Active+ Member
gem
Messages
3,961
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,961
Reaction score
1,032
Points
111
Awards
1
Aku pernah duduk satu rumah dengan mat pet (sedara mara aku jugak)

makan aku tanggung, minum aku tanggung.. duit poket aku bagi lagi..dia x kerja apa pun..menumpang sekejap saja

Last2, habis barang dalam rumah aku dia jual

Speaker, tong gas, gitar kapok..semua hilang tanpa dikesan..diaorang memang cekap buat kerja

Mat Pet ni dia x kisah ko sedara dia ke, adik dia ke, bapak dia ke, mak dia ke... dia x peduli pun asal dapat barang

So dalam kes ni takziah la utk mat pet tu..
 

pelitaminyak

Super Active Member
gem
Messages
6,372
Joined
Aug 13, 2008
Messages
6,372
Reaction score
1,757
Points
151
Aku pernah duduk satu rumah dengan mat pet (sedara mara aku jugak)

makan aku tanggung, minum aku tanggung.. duit poket aku bagi lagi..dia x kerja apa pun..menumpang sekejap saja

Last2, habis barang dalam rumah aku dia jual

Speaker, tong gas, gitar kapok..semua hilang tanpa dikesan..diaorang memang cekap buat kerja

Mat Pet ni dia x kisah ko sedara dia ke, adik dia ke, bapak dia ke, mak dia ke... dia x peduli pun asal dapat barang

So dalam kes ni takziah la utk mat pet tu..
Dalam kes juga le sebab ada yg membeli brg curi mat pet ni............ Simpan atau beli brg curi pun kes berat oooo
 

Lantaklah

Fun Poster
Messages
395
Joined
Sep 28, 2021
Messages
395
Reaction score
152
Points
23
Kes bunuh kes besar....... Boleh je suruh polis siasat, buat apa nak ambik tindakan sendiri

7rekod lampau.
Faham sendiri la bapak punya besar kabel.
Hardcore penagih dh ni. Polis pun dah kenal malas layan bila dgr nama mamat ni.

Kejiranan bro takde taik dadah yg suka curi mencuri ke?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register