BTC USD 58,079.7 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Mati Didakwa Akibat 'Penat' Melancong

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
ne_07.1.jpg

KIAN FOOK (duduk kanan) menunjukkan gambar bapanya yang mati diserang penyakit jantung semasa melancong ke Hainan, China baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Keterujaan seorang warga emas mengikuti pakej percutian murah ke Hainan, China oleh sebuah syarikat pelancongan berakhir dengan kematiannya di lobi sebuah hotel di negara itu, 28 Oktober lalu.

Lebih tragik apabila kematian Chai Ho Yew, 74, yang disebabkan serangan jantung itu dikaitkan dengan mangsa kepenatan selepas didakwa terpaksa terkejar-kejar ekoran jadual perjalanan dikatakan tidak terurus.

Difahamkan, sehari sebelum kematian Ho Yew, beliau dan 30 pelancong lain terpaksa menempuh perjalanan sejauh kira-kira 300 kilometer yang memerlukan mereka menaiki bas selama 12 jam dan dalam tempoh itu, mereka hanya diberi makan dua ketul muffin sahaja.

Bertambah malang, apabila anak perempuan mangsa, Chai Loo Moy yang mahu mendapat penjelasan daripada pemilik syarikat itu di Seri Kembangan ditendang ala kungfu.

Turut menemani Loo Moy ke pejabat pejabat syarikat itu ialah adiknya, Chai Kian Fook, 32.

Dua beradik itu turut menyertai pelancongan tersebut bersama bapa mereka.

Cerita Kian Fook, sebelum kejadian bapanya, bas yang ditempah oleh syarikat itu membawa mereka ke Hainan selepas berhenti selama tiga hari di Hanoi, Vietnam.

Menurutnya, beliau, kakak dan bapanya telah mengikuti pelancongan itu selepas tertarik dengan tawaran murah untuk melancung oleh syarikat tersebut.

"Bagi lapan hari melancong setiap orang hanya dicaj RM2,159 termasuk makan dan penginapan ditanggung oleh syarikat tersebut," katanya.

Berikutan itu katanya, rombongannya telah berlepas dari Terminal Tambang Murah (LCCT) untuk ke Hanoi pada pukul 5 petang pada 23 Oktober lalu.

"Di Hanoi kami ditempatkan di sebuah hotel di negara itu, tetapi peristiwa malang bermula apabila kami hanya diberi makan pada pukul 4 petang selepas menempuh perjalanan yang jauh," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di Jalan Ampang di sini semalam.

Dakwanya lagi, selepas tiga hari berada dalam keadaan tertekan dan terkejar-kejar di Hanoi kerana susunan jadual yang tidak teratur, mereka kemudiannya menaiki bas pula untuk ke Hainan.

Kian Fook mendakwa, ketika berada di dalam bas, mereka hanya diberi makan dua ketul muffin sebelum tiba di sebuah hotel di Hainan untuk bermalam.

"Pada malam itu, bapa saya telah mengadu tidak sedap badan sebelum dia dibawa ke hospital sebelum pulang semula ke hotel selepas dibekalkan ubat.

"Bagaimanapun, keesokan harinya iaitu hari keenam, saya terperanjat apabila mendapati bapa telah meninggal dunia di lobi hotel ketika dia menunggu saya mengambil makanan," katanya.

Dakwanya, wakil syarikat tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya untuk menghadapi keadaan itu.
 
Sponsored Post

rafina_80

Active+ Member
Joined
Jan 30, 2008
Messages
4,102
Reaction score
44
Points
30
ermmm..biasala klu dah pakej murah..mana nak puas hati..
 

traderfox

Super Active Member
Joined
Apr 25, 2008
Messages
7,699
Reaction score
225
Points
83
Lain kali cuti-cuti di Malaysia je pun cukuplah
 

lanbai

Super Active Member
Joined
Feb 26, 2008
Messages
8,041
Reaction score
5
Points
70
:eek:
perrghh
bru ar dasat..
:)paid
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
kt opis aku pon smlm ade org meninggal.

dier pengsan kt cafe pastue tau2 meninggal. #:-S#:-S
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
mati la sykt pelancongan tu nak menjawab....
 

joes

Fun Poster
Joined
Oct 11, 2008
Messages
179
Reaction score
0
Points
10
biasalaa
dah ajal dia..
kat mana2 pun bleh meninggal...
kira oklaaa tak cedera ke aper2
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
ermmm..biasala klu dah pakej murah..mana nak puas hati..

elok sikit cerita nie dari cerita yang dulu...pelancong orang melayu mati atas perut pompuan pelacur kat thailand...

dah tua dah nak main ngan pompuan muda terus kena heart attack...mati satu hal jadik umpatan orang kampung lak...mana nak letak muka ahli keluarga

~X(~X(~X(
 

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
79
Points
120
murah punya pasal...tpi dah sampai masa dia.....
 

frigid03

Super Active Member
Joined
Sep 28, 2007
Messages
6,226
Reaction score
0
Points
60
len kali study pakej btol2..jgn nampak murah je tros amik..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register