BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Malaysia, Isteri Warganegara Thailand Ditahan Berkaitan Pengubahan Wang Haram

Md Hanif

Fun Poster
Messages
840
Joined
Jun 13, 2023
Messages
840
Reaction score
64
Points
25
b81fff631c5273c72d294c0b0ad01e2f676289aa615a1

Cyber Crime Investigation Bureau

BANGKOK, 18 Dis (Bernama) -- Polis Thailand menahan seorang lelaki warga Malaysia di Nonthaburi, berhampiran Bangkok, pada Selasa atas dakwaan menjalankan rangkaian pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan laman sesawang perjudian haram.

Lelaki itu, bersama isterinya yang merupakan warga Thailand ditahan dalam satu serbuan di kediaman mereka di Nonthaburi.

Operasi diketuai oleh Penolong Ketua Polis Negara Leftenan Jeneral Thatchai Pitaneelabutr dan Pesuruhjaya Biro Jenayah Siber Leftenan Jeneral Trairong Phiewphan.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut merampas wang tunai berjumlah 4 juta baht, kenderaan, barang kemas, jam tangan mewah dan beg berjenama.

Identiti pasangan itu masih dirahsiakan susulan siasatan sedang berlangsung.

Thatchai berkata waran tangkap dikeluarkan selepas siasatan mendapati pasangan itu dipercayai menubuhkan lebih 10 syarikat bagi “mencuci duit” daripada laman perjudian haram dan penipuan pusat panggilan.

"Pihak berkuasa sedang menyemak transaksi kewangan suspek dengan pihak lain dan merancang untuk melakukan lebih banyak tangkapan berdasarkan bukti yang diperoleh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau turut menegaskan bahawa kes ini mencerminkan trend peningkatan jenayah melibatkan warga asing yang berkahwin dengan rakyat Thailand untuk membuka perniagaan sebagai penyamaran bagi aktiviti haram.

 
Sponsored Post

Trend sekarang kat Malaysia yang aku nampak.

Kedai hp tapi size 10X20, kedai runcit 1 pintu, kedai makanan haiwan size 10X10, kedai pancing udang, kedai dobi layan diri :ROFLMAO: :ROFLMAO:

Tah laaa...

benda ni da lama .. memang susah nak bendung.. tapi membuahkan hasil sebb skrg da kurg pakai cash
 
b81fff631c5273c72d294c0b0ad01e2f676289aa615a1

Cyber Crime Investigation Bureau

BANGKOK, 18 Dis (Bernama) -- Polis Thailand menahan seorang lelaki warga Malaysia di Nonthaburi, berhampiran Bangkok, pada Selasa atas dakwaan menjalankan rangkaian pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan laman sesawang perjudian haram.

Lelaki itu, bersama isterinya yang merupakan warga Thailand ditahan dalam satu serbuan di kediaman mereka di Nonthaburi.

Operasi diketuai oleh Penolong Ketua Polis Negara Leftenan Jeneral Thatchai Pitaneelabutr dan Pesuruhjaya Biro Jenayah Siber Leftenan Jeneral Trairong Phiewphan.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut merampas wang tunai berjumlah 4 juta baht, kenderaan, barang kemas, jam tangan mewah dan beg berjenama.

Identiti pasangan itu masih dirahsiakan susulan siasatan sedang berlangsung.

Thatchai berkata waran tangkap dikeluarkan selepas siasatan mendapati pasangan itu dipercayai menubuhkan lebih 10 syarikat bagi “mencuci duit” daripada laman perjudian haram dan penipuan pusat panggilan.

"Pihak berkuasa sedang menyemak transaksi kewangan suspek dengan pihak lain dan merancang untuk melakukan lebih banyak tangkapan berdasarkan bukti yang diperoleh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau turut menegaskan bahawa kes ini mencerminkan trend peningkatan jenayah melibatkan warga asing yang berkahwin dengan rakyat Thailand untuk membuka perniagaan sebagai penyamaran bagi aktiviti haram.


hasil kawin gan siye ke tu
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register