BTC USD 42,664.7 Gold USD 1,764.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki maki hamun kerana ditegur tak pakai pelitup muka

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,804
Reaction score
1,825
Points
156

Kalau macam ni punya mulut sesuai tak jadi calon suami, CMM?
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,747
Points
1,906

Kalau macam ni punya mulut sesuai tak jadi calon suami, CMM?

tn azham, menutur perkataan perkataan begitu mcm biasa je dimulutnya
tu dia public kan vid dia dengan pertuturan seperti tu
klu bukan kat public, mcmana la agaknya dia ni klu dia geram marah dsb
mudahnya bangang ba.bi. dsb disebut dimulut

entahla tn azham, saya bukan lah baik jugak. saya pun ada jugak geram teramat, dan berada dlm keadaan marah teramat tapi saya tak berapa cukup vocab. vocab saya limited, sikit je :D
tu yg masa tgh pun geram sekali pun, saat marah pun, rasanya tak tertutur saya dengan vocab seperti yg dia sebut :)

mungkin sesetengah org boleh terima je cara dia bercakap gitu, atas alasan dia tgh marah dan geram.
org lain lain kan.
tapi klu saya, klu boleh at least, seseorang tu kena jaga jugak tutur katanya walau dia tgh marah atau geram dsb
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,804
Reaction score
1,825
Points
156
tn azham, menutur perkataan perkataan begitu mcm biasa je dimulutnya
tu dia public kan vid dia dengan pertuturan seperti tu
klu bukan kat public, mcmana la agaknya dia ni klu dia geram marah dsb
mudahnya bangang ba.bi. dsb disebut dimulut

entahla tn azham, saya bukan lah baik jugak. saya pun ada jugak geram teramat, dan berada dlm keadaan marah teramat tapi saya tak berapa cukup vocab. vocab saya limited, sikit je :D
tu yg masa tgh pun geram sekali pun, saat marah pun, rasanya tak tertutur saya dengan vocab seperti yg dia sebut :)

mungkin sesetengah org boleh terima je cara dia bercakap gitu, atas alasan dia tgh marah dan geram
tapi klu saya, klu boleh at least, seseorang tu kena jaga jugak tutur katanya walau dia tgh marah atau geram dsb
Pesan ustaz jangan percaya istilah “ don’t judge book from it’s cover”
Apa yang biasa di mulutnya itulah di hatinya.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,424
Reaction score
21,618
Points
1,671
Baru main gym dah langsi2

Ni serupa topinasi jgk
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,747
Points
1,906
Mahkamah menetapkan keseluruhan RM4,000 atas tuduhan tidak memakai pelitup muka dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang peniaga nasi lemak.

Lelaki didakwa tak pakai pelitup muka, bercakap kesat di gerai nasi lemak​





July 22, 2021 1:29 PM


Nasi-lemak-buyer-fb.jpg


J Shyamalan (bersinglet hitam) ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah gerai nasi lemak di Taman Desa, Kuala Lumpur Ahad lalu. (Gambar Facebook Lyn Centino)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam lima hari lalu.

J Shyamalan, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah gerai nasi lemak di Jalan Desa Bakti, Taman Desa, Kuala Lumpur, kira-kira 10.30 pagi 18 Julai lalu.

Dia didakwa di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana gagal mematuhi SOP Covid-19.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM50,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.



Majistret Wong Chai Sia menetapkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Di mahkamah sama, Shyamalan turut mengaku tidak bersalah kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Cherrilyn De Centino di tempat dan masa sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Wong menetapkan tambahan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.

Peguam John Das mewakili tertuduh, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar.
Majistret menetapkan kedua-dua kes disebut pada 24 Ogos ini. Tertuduh dibebaskan selepas membayar wang jaminan itu.

Satu laporan polis dibuat selepas tertuduh kerana memarahi penjual nasi lemak dan seorang pelanggan yang memintanya memakai pelitup muka.

Dalam satu klip video tular, tertuduh yang memakai singlet hitam dan berseluar pendek dilihat mencemuh seorang lagi pelanggan berbaju jingga supaya menghubungi polis bagi melaporkan dia tidak memakai pelitup muka.
Selasa lalu, polis mendapatkan perintah reman dua hari terhadapnya sebelum dia didakwa dengan dua pertuduhan hari ini.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,747
Points
1,906
A 33-year-old man pleaded not guilty at the Kuala Lumpur magistrate’s court on Thursday to a charge of failing to wear a face mask in public.
J. Shyamalan claimed trial to the offence of failing to comply with Covid-19 standard operating procedures which allegedly took place at a nasi lemak stall along Jalan Desa Bakti in Taman Desa, Kuala Lumpur on July 18.

Read more at https://bit.ly/3wU7fgl
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news


 

kimchitoast

Freshie
Joined
Jul 21, 2021
Messages
3
Reaction score
0
Points
3

Polis siasat kes lelaki maki hamun kerana ditegur tak pakai pelitup muka

Polis sedang menyiasat seorang lelaki yang membuat kecoh dengan memaki hamun setelah dia ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.

Polis mengesahkan telah menerima laporan polis mengenai kejadian yang berlaku di sebuah gerai nasi lemak di sepanjang Jalan Desa Bakti di Kuala Lumpur.

Video kejadian 29 saat itu tular di media sosial sebelum ini.

Dalam video tersebut, lelaki yang tidak memakai pelitup muka itu dilihat memaki pelanggan lain di gerai nasi lemak berkenaan.

"What you want to do? Call polis ah? Call lah f ** ker (Nak buat apa? Panggil polis? Panggil lah)," katanya.

Seorang pelanggan dilihat cuba menenangkan lelaki itu dengan berkata: "it's okay, it's okay (tak apa, tak apa)".

Namun lelaki itu meninggikan suara dan memaki pelanggan itu.

"F ** ker you want to kena this morning? Sunday morning you want to kena whack ah? (Kau nak kena pukul pagi Ahad ni?)".

Pelanggan itu, penjual nasi lemak dan anak perempuannya dilihat memakai pelitup muka.

Tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai adalah kesalahan di bawah peraturan sekatan Covid-19 ketika ini.



Polis mengatakan kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 kerana melanggar prosedur operasi standard ( SOP) Covid-19.

Di bawah undang-undang itu, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Laporan polis dibuat oleh anak perempuan penjual nasi lemak itu.

Video itu dirakam oleh seorang individu lain yang memberikan salinan kepada pemilik gerai nasi lemak.

"Suspek dalam video ini dilihat memarahi dan memaki hamun ibu pengadu dan seorang pelanggan lain apabila ditegur tidak mematuhi SIP kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Basri Sagoni.

Basri meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai video tersebut.

Dia juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil. Talian polis Brickfields adalah 03-22979222
smh, hope the polis will take immediate action on these case or our MCO will never end
 

fadl

Fun Poster
Joined
Feb 3, 2013
Messages
690
Reaction score
111
Points
33
Dia tertekan tu. Business gym tak boleh bukak. Hutang pulak makin menimbun.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register