BTC USD 37,797.5 Gold USD 1,829.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki larikan pelajar sekolah ditahan

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,525
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,525
Reaction score
465
Points
91
Lelaki larikan pelajar sekolah ditahan
FB_IMG_1638097870748.jpg
FB_IMG_1638097873522.jpg

Johor Bahru: Polis menahan seorang lelaki tempatan susulan dipercayai terbabit dalam kes melarikan pelajar perempuan berhampiran sebuah sekolah di Taman Molek, Johor Jaya, di sini, pada 25 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Senawang, Negeri Sembilan, kira-kira jam 8.53 malam tadi.

"Turut dirampas, telefon bimbit, sehelai baju berwarna hitam dan seluar jeans.

"Hasil semakan rekod lampau mendapati, suspek mempunyai satu rekod jenayah dan satu rekod berkaitan dadah, selain ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

"Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai hari ini hingga 1 Disember ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh sehingga tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, media melaporkan, seorang pelajar perempuan berjaya melarikan diri selepas dipercayai hampir menjadi mangsa culik dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah di Taman Molek, Johor Jaya, di sini, pada 25 November lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, mangsa yang berusia 13 tahun dihampiri seorang lelaki tidak dikenali berhampiran sekolahnya.

"Lelaki itu memintanya menghantar satu borang tidak pasti ke sekolah. Mangsa juga diminta untuk masuk ke dalam kenderaan itu, mangsa yang enggan kemudiannya ditarik masuk ke dalam kereta.

"Mangsa dibawa lari sekitar Taman Molek sebelum berjaya melepaskan diri selepas dibawa lari hampir 400 meter dari lokasi kejadian," katanya.

Gambar: PDRM

#HarianMetro
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,032
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,032
Reaction score
3,126
Points
261
Awards
1
Terbaik pdrm dpt gk....
 

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,856
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,856
Reaction score
547
Points
121
Perghhh... Berhati hatilah diluar sana...
Mungkin penculik tu sorang je, tu dapat lepas...

Gila betul..
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,256
Points
1,831
Awards
1
Budak batu rupanya
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register