hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,291
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,291
- Reaction score
- 1,342
- Points
- 201
Kuching: Lelaki yang menggemparkan penduduk di Jalan Lapangan Terbang, di sini apabila cuba melarikan budak perempuan Isnin lalu, diperintah menjalani penilaian psikiatri di Hospital Sentosa.
Perintah keluarkan Mahkamah Majistret Kuching selepas lelaki berusia 30 tahun itu dihadapkan di mahkamah, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kes berkenaan akan disebut semula pada 22 April ini selepas laporan perubatan diterima.
Beliau berkata, Isnin lalu, polis menahan lelaki terbabit yang cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.
Menurutnya, ketika kejadian pada 6.55 petang itu, kanak-kanak terbabit sedang bermain di luar rumah.
"Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Bezza berwarna putih yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 365/511 Kanun Keseksaan dan siasatan awal mendapati suspek adalah pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) bermasalah pembelajaran," katanya.
Ahsmon berkata, suspek juga pernah menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak sejak tahun 2001 kerana mengalami 'Attention Deficit Hyperactive Disorder' (ADHD), namun dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Artikel
