BTC USD 49,799.9 Gold USD 1,692.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki kena asma lihat foto kekasih

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Lelaki kena asma lihat foto kekasih


2010/11/20
Terkejut bekas teman wanita popular di Facebook

LONDON: Sekumpulan doktor Itali memberi amaran rangkaian web sosial, Facebook juga boleh memberi kesan buruk kepada penghidap asma.

Gennaro D’Amato dan rakannya merawat seorang remaja berusia 18 tahun yang diserang asma ketika memasuki akaun Facebook dan terkejut apabila melihat ramai lelaki yang menjadi rakan bekas teman wanitanya.

Lelaki terbabit mengambil dua jenis ubat sedut steroid beberapa kali sehari untuk mengawal asmanya. Tetapi apabila teman wanitanya meninggalkan beliau dan enggan menerimanya sebagai rakan dalam Facebook, keadaan beliau semakin teruk.

Dengan menggunakan nama samaran, lelaki terbabit diterima semula dalam senarai rakan bekas teman wanitanya melalui halaman rangkaian sosial terbabit. Tetapi, beliau tambah tertekan apabila melihat akaun Facebook teman wanitanya yang mempunyai terlalu ramai rakan lelaki baru.

“Melihat keadaan itu menyebabkan beliau mengalami sesak nafas sebaik saja membaca profil bekas teman wanitanya,” tulis D’ Amato dan rakannya dari Hospital Pakar Tinggi A Cardarelli di Naples, Itali.

Ibu remaja terbabit bimbangkan kesihatan anaknya mengukur kadar pernafasan anaknya sebelum dan selepas aktiviti Facebook yang menunjukkan 20 peratus perbezaan.

Selepas menemui seorang doktor remaja terbabit memutuskan untuk tidak lagi memasuki Facebook. Ia menghentikan serangan asma yang dialaminya.

D’Amato dan rakannya menyifatkan rangkaian sosial berkenaan boleh mencetuskan tekanan psikologi dan serangan bagi kes pesakit asma yang tertekan apabila melihat perkara tidak disukai mereka di rangkaian sosial itu. – AP
 
Sponsored Post

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
peh teruk tu..
 

REMEDY KARUNG GUNI

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 11, 2008
Messages
33,477
Reaction score
411
Points
136
terkejut tahap cipan tu atau..ex gf dia mmg cun tahap 360 darjah lah
 

najumi

Active Member
Joined
Dec 5, 2009
Messages
2,055
Reaction score
55
Points
30
hahaha.... dia terkejut tu.. itu sebab serangan asma tu datang..
huhuhu..

macam gak serangan jantung, dia datang apabila ada sesuatu berita yang tak disangka2 yg membuatkan jantung kita berdegup kencang..

tapi bukan mcm citer Dr Rozmey.. :)):))
 

estacoco

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
7,544
Reaction score
25
Points
70
hahaha.... dia terkejut tu.. itu sebab serangan asma tu datang..
huhuhu..

macam gak serangan jantung, dia datang apabila ada sesuatu berita yang tak disangka2 yg membuatkan jantung kita berdegup kencang..

tapi bukan mcm citer Dr Rozmey.. :)):))
ko dah tgk? komen x byk lg dapt nih psl citer tuh
 

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
hahahhaa.....seb bek ako tak asma...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register