BTC USD 104,418 Gold USD 2,726.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki (kemungkinan pendatang) patahkan semua wiper kereta di kawasan parking

Sponsored Post

Cabut sekali ngan bracket outlet tu
Mahal jugak nak pasang balik
tak baik la dia aniaya org mcm tu kan..tapi nampak mcm kurang siuman..mungkin sbb tekanan hidup..hilang kerja atau mslh keluarga..masalah tempat kerja pun boleh bagi stress jugak.
 
Pemuda warga asing patahkan pengelap cermin kenderaan diberkas – Polis


Kejadian seorang lelaki warga asing mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan di Batu Pahat.

SEORANG lelaki warga asing ditahan polis selepas aksinya mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, bertindak atas maklumat yang disalurkan, anggota Unit Rondaan Bermotosikal telah berjaya menahan lelaki berusia 25 tahun itu bagi siasatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui sebilah pisau lipat di dalam beg sandang dalam milikan suspek semasa proses tangkapan dan pemeriksaan dilakukan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku di kawasan parkir berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, 3.30 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Tambahnya, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam dan Seksyen 6(1)c Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Sumber : Utusan TV
 
Lelaki warga asing patah pengelap cermin kenderaan ditahan


TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki warga asing mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan diparkir di Terminal Bas Batu Pahat.
BATU PAHAT: Seorang lelaki warga asing yang berperangai pelik dengan mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan berjaya ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Siasatan dilakukan mendapati video tular memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang diparkir itu berlaku berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, kira-kira pukul 3.30 petang pada hari sama.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, pihak polis menemukan sebilah pisau lipat dalam beg sandang milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya ke tempat awam.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di negara ini tanpa dokumen yang sah.

Sebelum itu tular video berdurasi 16 saat dalam aplikasi TikTok memaparkan perbuatan lelaki terbabit yang mengundang keresahan orang ramai dan meminta pihak berkuasa menahannya. – UTUSAN
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register