Lelaki kebas pisang kantoi

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Lelaki ini dicekup penduduk ketika bawa pisang curi keluar dari sebuah kebun di Kampung Tebuk Jawa, kelmarin. Gambar kiri: Pisang yang dicuri.

SABAK BERNAM - Seorang tertangkap manakala dua lagi berjaya melepaskan diri dalam kejadian curi hasil kebun milik penduduk Kampung Tebuk Jawa, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an disyaki penagih dadah dari kampung berhampiran dicekup penduduk ketika cuba membawa keluar beberapa tandan pisang dari sebuah kebun.

Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tebuk Jawa, Mohamad Sungip Mohd Omar berkata, bertindak atas maklumat, penduduk dan ahli KRT berkumpul di lokasi dipercayai berlakunya kegiatan mencuri itu.

"Hasil soal siasat, lelaki berkenaan memberitahu dia memasuki tiga kebun dalam kampung ini pada hari yang sama. Kali pertama dan kedua, dia bawa beberapa tandan pisang keluar dan kali ketiga dia tertangkap.

"Bagaimanapun, kita syak dia tidak menjalankan kerja mencuri ini seorang diri dan yakin ada dua lagi rakan subahatnya yang dapat meloloskan diri," katanya.

Difahamkan, lelaki itu kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Sungai Air Tawar untuk tindakan lanjut.

Mohamad Sungip berkata, kejadian kecurian hasil kebun di kampung itu berleluasa hingga menjejaskan pendapatan penduduk.

Bagaimanapun katanya, kegiatan itu dijangka berkurangan dengan adanya kerjasama penduduk, KRT dan polis yang kerap menjalankan rondaan.

"Bulan lalu, sudah ada seorang yang ditangkap dan sekarang seorang lagi dicekup. Jadi, kita beri amaran jangan masuk kampung ini dengan niat mencuri.

"KRT di sini sentiasa memerhati dan memantau pergerakan orang luar yang keluar masuk. Awas bagi yang berniat mencuri, kalau tertangkap buruk padahnya," katanya.

Difahamkan, selain kecurian hasil kebun, dalam tahun ini sahaja, kampung terbabit berdepan hampir 10 kes pecah rumah pada siang hari ketika penghuninya keluar bekerja.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/lelaki-kebas-pisang-kantoi-1.148470
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,675
Reaction score
21,084
Points
1,671
pisang mahal skang ni..lagi2 sejak musim kena penyakit..tempat ak byk kena cmni..mmg rugi..mtk2 yg die curi ni pun dpt buah rosak

 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
penagih ni meyusahkan orang je
kat kg aku abis pagar umah,kebun dirembatnya
kebun ayah aku pon kena
 

AuraSuccess_88

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2010
Messages
69,868
Reaction score
185
Points
528
kerat jer pisang dia balik..geram den..
 

AuraSuccess_88

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2010
Messages
69,868
Reaction score
185
Points
528
pisang mahal skang ni..lagi2 sejak musim kena penyakit..tempat ak byk kena cmni..mmg rugi..mtk2 yg die curi ni pun dpt buah rosak

penyakit apa nie boss?den bru nk berjinak dlm penanaman pisang....tkut jugak..
 

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,345
Reaction score
56
Points
120
jual kt tokey goreng pisang murah2 mmg laku laa..hampeh tul mat pit
 

goal_hunter

Active Member
Joined
Feb 14, 2008
Messages
2,492
Reaction score
8
Points
25
kebun aku lagi best....amik pisang yg dalam balut je, balut plastik dier tak amik...sekali tgk mcm ada pisang, jenguk dalam dah lebuh
 

irfan

Active+ Member
Joined
Feb 9, 2007
Messages
4,360
Reaction score
17
Points
25
halal je la bang..pisang setandan dua tu..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,675
Reaction score
21,084
Points
1,671
penyakit apa nie boss?den bru nk berjinak dlm penanaman pisang....tkut jugak..
penyakit Moko..pisang nipah biasanya

ni klo kena satu kebun habis rugi cmtu je
 

debug

Junior Member
Joined
Nov 17, 2011
Messages
87
Reaction score
0
Points
6
Peh pisang pun nak curi ker.... giler pisang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register