Lelaki Jadikan Juruwang Bank Sebagai Tebusan Ketika Merompak

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUANTAN, 1 Feb (Bernama) -- Seorang juruwang wanita hari ini trauma selepas dijadikan tebusan oleh seorang lelaki ketika merompak sebuah bank di Jalan Bank dekat sini pagi Isnin.

Bagaimanapun kejadian dramatik yang disaksikan beberapa pelanggan bank itu berakhir tanpa kejadian yang tidak diingini dan suspek kemudiannya turut berjaya diberkas polis kira-kira 10 minit selepas kejadian itu.

Ketika kejadian 9.15 pagi itu, suspek, berusia 30-an masuk ke dalam bank berkenaan sebelum bertindak melompat ke atas kaunter bank itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd.Jasmani Yusoff, suspek kemudiannya memegang juruwang wanita berkenaan sambil mengacukan sebilah pisau pemotong sayur ke arahnya.

"Suspek kemudian mengambil sejumlah wang kira-kira RM16,000 daripada kaunter berkenaan lalu memasukkannya dalam sebuah beg," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Suspek yang tidak memakai topeng muka kemudian memimpin wanita itu ke arah pintu keluar sebagai tebusan.

Dia kemudiannya bertindak melepaskan wanita berkenaan sebelum melarikan diri keluar dari bank itu dengan hanya berjalan kaki.

"Ketika melarikan diri, dua buah kereta peronda polis kebetulan meronda di jalan berkenaan sebelum anggota polis terbabit bertindak memberkas suspek," katanya.

Mohd Jasmani berkata siasatan awal mendapati suspek tidak bekerja dan saringan awal ujian air kencing juga mendapati suspek adalah negatif daripada penyalahgunaan dadah.

"Lelaki terbabit kini ditahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Juruwang wanita berkenaan dilaporkan dalam keadaan trauma dan pihak media tidak dibenarkan menemubualnya.

"Kejadian itu berakhir tanpa sebarang kecederaan," kata Mohd Jasmani.
 
Sponsored Post

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,699
Reaction score
310
Points
91
guard tak wat apa2 dlm mebenk tuh... one man show ini perampok.dan telah dibelasah oleh org ramai seblum polis datang huhuh...sebelah opis aku shj kes neh.. tp mmg nekad giler ah perampok tuh... sorg2 wat keja.. lari plop pakai kaki jer.. takdak motot ker apa
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,071
Reaction score
70
Points
80
....mesti terkencing akak keje bank tu...
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
bahaya bank nie berhati hati kalau di bank
 

abdul_ir

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2009
Messages
6,738
Reaction score
36
Points
70
bia merompak dari bunuh diri...hehehe
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Terlmpau pandai perompak bank ni...iap tunjuk muka...tak terdesak sgt kot!
 

mokhaini

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
3,094
Reaction score
13
Points
25
pisau pemotong sayur .... tak mencabar langsung nak merompak .... kalau aku manager ... aku gelak je .....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register