BTC USD 28,406.5 Gold USD 1,976.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki jadi sasaran bom Bukit Bintang dicari, Al-Capone nama salah satu kongsi gelap

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
je_01.1.jpg

Keratan Utusan Malaysia, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Polis sedang mengesan seorang mangsa yang melarikan diri dalam kejadian letupan di tingkat bawah Sunbow Hotel Residency, Jalan Bukit Bintang, semalam, membabitkan pergaduhan antara dua kongsi gelap.

Satu daripada kumpulan kongsi gelap itu dikenal pasti sebagai Al-Capone manakala satu lagi belum diketahui. Kedua-duanya menjalankan kegiatan haram melibatkan perniagaan perjudian.

Difahamkan, lelaki berusia 53 tahun itu mengalami kecederaan.

Menurut sumber, polis percaya lelaki tersebut mempunyai maklumat berhubung kejadian selain disyaki menjadi sasaran pihak terlibat untuk dibunuh.

"Maklumat awal yang kita peroleh, terdapat 14 mangsa dalam kejadian tersebut, namun salah seorang daripadanya menghilangkan diri. Diharapkan mangsa tampil dalam masa terdekat dan memberi kerjasama bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, gara-gara pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap, seorang maut sementara 12 lagi termasuk empat pelancong asing cedera akibat terkena letupan salah satu daripada dua butir bom tangan yang dilemparkan di hadapan kelab malam tersebut.

Dalam kejadian pukul 4.25 pagi itu, kedua-dua bom tersebut dipercayai dibaling dari tingkat dua bangunan hotel berkenaan yang merupakan tempat letak kenderaan namun bom pertama yang dibaling tidak meletup dan bergolek di bawah sebuah kereta Toyota Camry, kemudiannya bom kedua yang dibaling meletup dan mencederakan ramai mangsa.

Malah, difahamkan sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara lebih 10 individu melibatkan kumpulan kongsi gelap tersebut di hadapan kelab malam tersebut.

Tambah sumber, setakat hari ini, polis telah mengambil keterangan seramai lapan saksi termasuk lima wanita berusia antara 22 dan 67 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Polis juga sedang menjalankan siasatan melalui beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat letak kenderaan bangunan tersebut dan kelab malam itu sendiri.

"Kejadian ini berkemungkinan besar serangan bermotifkan dendam perebutan kawasan perniagaan atau berkaitan dengannya, namun siasatan kita adalah menyeluruh dalam semua aspek," ujarnya.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141011/je_01/Polis-cari-mangsa-hilangkan-diri#ixzz3FmS4OVSB
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Top
Log in Register