BTC USD 28,434.9 Gold USD 1,969.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Itali dilapor hilang ditemui selamat pergi makan angin

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,137
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,137
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
KOTA KINABALU - Misteri kehilangan seorang warga Itali di Lahad Datu, sejak 18 Oktober lepas terjawab apabila dia dilaporkan selamat dan berada Kepulauan Zamboanga, Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata maklumat yang diperoleh menunjukkan William Bocchi berlepas ke satu destinasi pelancongan kepulauan itu dari jeti di Sandakan pada 14 Oktokber lalu.

"Kita difahamkan dia (Bocchi) makan angin...tiada insiden culik atau hilang. Apabila dia tidak balik, keluarga dia memberitahu kedutaan yang kemudian berhubung dengan seorang kawannya di sini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak kedutaan turut menghantar surat penghargaan kepada Polis Sabah atas kerjasama yang diberi berhubung kehilangan Bocchi.

Bocchi, 52, dilaporkan hilang oleh rakannya apabila tidak kembali ke Itali pada Sabtu lepas seperti dijadual.

Terdahulu, Jalaluddin mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melawat Balai Polis Pulau Gaya. - Bernama



http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-itali-dilapor-hilang-ditemui-selamat-1.327000
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register