BTC USD 22,759.8 Gold USD 1,923.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki dituduh tipu 10 bakal pengantin terlantar sakit

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN: Tanda tanya ketidakhadiran perunding perkahwinan, Azman Abu, 32, yang menghadapi 27 pertuduhan memperdaya bakal pengantin di dua Mahkamah Majistret di sini, dua kali berturut-turut sehingga dikenakan waran tangkap terjawab apabila tertuduh dimaklumkan sedang sakit.

Perkara itu diberitahu peguambela Azman, Che Ariffin Mohd Ali, ketika menyampaikan sijil cuti sakit kepada mahkamah selepas tertuduh sepatutnya hadir untuk sebutan semula kesnya, semalam.

Menurut Che Ariffin, Azman kini menetap di ibu negara dan tidak dapat hadir ke mahkamah sejak dua bulan lalu berikutan kesihatannya tidak mengizinkan.

Katanya, waran tangkap dikeluarkan terhadap Azman sebelum ini disebabkan kelewatan menghantar sijil sakit dari dua klinik kesihatan milik kerajaan di Keramat, Kuala Lumpur kepada mahkamah.

“Waran tangkap hanya boleh dibatalkan sekiranya Azman dapat hadir, tetapi setakat ini, dia tidak dapat berbuat demikian kerana terlantar sakit sehingga tidak boleh berjalan jauh,” katanya.

Sehubungan itu, Majistret Norzaihan Mohd Ali menetapkan tarikh 22 Januari depan untuk sebutan semula kes itu selepas melanjutkan waran tangkap tertuduh, manakala Majistret Nordiana Abdul Aziz pula menetapkan 7 Januari depan.

Azman yang menghadapi 27 pertuduhan berasingan memperdayakan mangsa supaya menerima pakej mengurus majlis perkahwinan membabitkan baju pengantin, bunga telur, andaman, fotografi, kanopi jamuan, bunga manggar, pelamin, hiasan meja makan dan barang hantaran sepatutnya hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya.

Tertuduh dari Alor Gajah, Melaka yang memperdaya 10 mangsa di negeri ini membabitkan kerugian berjumlah RM62,255, dikenakan ikat jamin RM30,500 dengan empat penjamin pada 12 September tahun lalu.

Azman didakwa melakukan perbuatan itu di butik miliknya, D’Teratak Pesona Anggun di Tingkat 1, Kompleks Teruntum di sini antara Mei hingga Ogos 2008.

Pendakwaannya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Azman pernah mengaku pereka fesyen terkemuka dan menyediakan khidmat pakej perkahwinan bernilai puluhan ribu ringgit kepada bakal pengantin, selain menjual nama artis popular.

Bagaimanapun, menjelang hari bahagia, pelamin tidak siap, duit lenyap dan dia pula lesap.

Tertuduh yang menyembunyikan diri selepas diburu polis ditahan di sebuah resort di Taiping, Perak, oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Larut Matang.

hasil maklumat awam selepas kisah penipuan dan gambarnya disiarkan media.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register