BTC USD 58,376.9 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki dituduh ganggu isteri orang cedera parah ditikam

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUANTAN: Seorang lelaki cedera parah akibat ditikam dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan di sebuah perkarangan hotel di Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 24 tahun itu sedang duduk di kawasan perkarangan hotel berkenaan pada kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Beliau berkata mangsa dihampiri seorang lelaki yang sedang marah dengan menuduh mangsa sering mengganggu isterinya.

“Mangsa menafikan perkara itu menyebabkan berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek, suspek kemudiannya mengeluarkan senjata tajam menikam bahagian bawah ketiak kanan mangsa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mangsa yang cedera dihantar oleh orang awam ke Klinik Kesihatan Genting Highlands untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini keadaan mangsa dilaporkan stabil. Kami sedang mengesan suspek terbabit bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes itu,” katanya. - Bernama

Jangan kes salah orang dah ler. Naya tu
 
Sponsored Post

Cuppy Cakes

Legendary Member
Joined
Sep 16, 2008
Messages
12,140
Reaction score
35
Points
120
letih tu nak turun dr genting ke hkl tu..
mau abes darah dia on the way ke hkl..
hehehe..
 

hazwan17

Super Active Member
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
kesimpulannya
jgn kcu bini org..
klu awek org??
bleh x??
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
perghhh....ni yg takut nak g genting pasni...
kang kono rodok plak
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
pergh..
nie kalo salah org,mmg masak ler ngko..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register