BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki dituduh bunuh kekasih

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Petaling Jaya: Seorang pegawai operasi sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan membunuh teman wanitanya di Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway dekat sini, bulan lalu.

Tertuduh, S Sarwindren, 30, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret KB Elena Hong Tze Lan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Pakizah Raja Khan, 27, di Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, pada 17 Februari 2014 jam 8.50 malam hingga 18 Februari 2014 jam 1.41 pagi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.


http://www.hmetro.com.my/articles/Lelakidituduhbunuhkekasih/Article?mutakhir



Subang Jaya: “Kepala anak saya berdarah dan ada kesan lekuk dengan saiz sebesar syiling 10 sen di dahi manakala bibirnya pula terkoyak dan lebam.”

Itu kata seorang wanita yang kematian anak perempuannya dipercayai akibat dipukul di sebuah apartmen di Bandar Sunway, di sini, malam kelmarin.


Maimunah Abdullah, 49, berkata anaknya Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, lima jam selepas menerima rawatan.

Menceritakan semula kejadian, Maimunah berkata, sebelum itu anaknya yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah bank pergi ke rumah teman lelakinya di apartmen berkenaan.


xpix_gal2,qharianmetro.pagespeed.ic.OKoTdxzdlR.webp

Foto
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah suspek.

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.wAvRG2Rokf.webp



“Dia menjalin hubungan dengan teman lelakinya setahun lalu dan saya juga mengenali lelaki itu. Anak saya juga selalu ke rumah lelaki itu,” katanya, semalam.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Kepalalekuk_bibirkoyak//Article?BeritaUtama
 
yg kes kena bakar aritu ke?

Percintaan antara 2 agama laa nie?
 
sekarang nie bunuh2 macam senang jer...nyawa manusia xder harga ke?
yang membunuh pun x takut ke?#:-S
 
Back
Top
Log in Register