BTC USD 64,743.8 Gold USD 1,787.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditetak Kerana Tegur Suspek

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Lelaki Ditetak Kerana Tegur Suspek

pix_middle

TUMPAT, 8 Nov (Bernama) -- Teguran bertukar tragedi berdarah apabila seorang lelaki berusia 52 tahun cedera parah selepas ditetak oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di Kampung Bahagia Cabang 4, di sini, semalam.

Suspek itu dipercayai bertindak ganas kerana tidak puas hati dengan tindakan mangsa Mohamad Salleh menegurnya kerana menggunakan renjatan elektrik untuk menangkap ikan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Khalid Munap berkata mangsa mengalami kecederaan parah selepas dipercayai ditetak sebanyak 15 kali di seluruh anggota badannya.

Katanya mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRP II) untuk rawatan manakala suspek dan isterinya ditahan untuk siasatan lanjut hari Isnin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata akibat kecederaan serius, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

-- BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
tegor pon tak boleh ka aduhai...........manusia zaman sekarang
 

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
dia tegur nonstop kot. volume max db
 

yazaedar

Active+ Member
Joined
Apr 29, 2006
Messages
2,834
Reaction score
4
Points
25
mungkin dah geram lama dah.. Pastu dapat peluang.. Bannzai.. Cincang sama dia..
 

Felix23

Active Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
1,616
Reaction score
25
Points
40
cube hukum dia balik buat ape yg suspek tu buat kat mangse.. haa.. nnt baru gigil
 

voda

Active Member
Paid Membership
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
Ditetak tegur lelaki tangkap ikan guna karan

97372883.jpg

PARAH...keadaan muka dan kepala Mohammad yang cedera ditetak.

KOTA BHARU: Gara-gara menegur tindakan seorang lelaki yang cuba menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik, seorang lelaki parah di kepala dan badan akibat ditetak dengan senjata tajam di Kampung Bahagia, Chabang Empat, Tumpat, Sabtu lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa, Mohammad Salleh, 52, keluar sendirian memandu kereta untuk membuang sampah dan minum kopi di sebuah kedai.

Menurut anak mangsa, Siti Hajariah, 21, kejadian berlaku apabila bapanya menegur seorang pemuda yang cuba menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Katanya, pemuda terbabit tidak puas hati dan mengekori bapanya sebelum menetak menggunakan senjata tajam sehingga berlaku pergelutan.

“Bapa memandu keretanya dalam keadaan berlumuran darah pulang ke rumah kira-kira 600 meter dari tempat kejadian sebelum kami sekeluarga menghantarnya ke Hospital Tumpat,” katanya.

Siti Hajariah berkata, bapanya kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, bapanya menerima hampir 100 jahitan di kepala dan anggota badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register