Lelaki ditemui mati dalam kereta di R&R Tapah

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,843
Reaction score
1,679
Points
151
Lelaki ditemui mati dalam kereta di R&R Tapah
Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta di Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah selatan, dekat Ipoh pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata mereka menerima panggilan berhubung penemuan mayat Ng Kar Weng, 26, dalam kereta Honda Jazz yang berkunci pada jam 11.30 pagi.
"Kami segera mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, enjin dan pendingin hawa kereta dalam keadaan dimatikan," katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.
Menurut jurucakap itu mayat Ng dibawa keluar menggunakan peralatan khas dengan membuka pintu kereta. Operasi tamat pada jam 12.12 tengah hari.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pemeriksaan ke atas kereta berkenaan menemukan pasu tanah berisi arang yang terbakar di ruang kaki tempat duduk belakang.
"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit yang masih bujang dan bekerja sebagai tukang cat kenderaan tinggal seorang diri di sebuah kondominium di Menglembu, Ipoh.
"Dia juga tidak pernah menceritakan sebarang masalah kepada keluarganya sebelum ini," katanya.
Wan Azharuddin juga berkata pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan pada mangsa mahupun unsur jenayah di tempat kejadian.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
- Bernama
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,986
Reaction score
1,645
Points
206
kesian, camno lah anggapan family & org ramai pd kematian brader ni

sahabat CG, it doesnt matter what race or religion u are, if u have any problems just share it here so we can discuss the ways to solve it.

suicide aint gonna solve nuthin' mate
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,126
Reaction score
116
Points
43
bunuh diri ke? seksa tu mati x cukup oksigen + asap lagi...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register