BTC USD 61,856.1 Gold USD 2,653.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki ditembak mati selepas tikam anggota polis di Perancis

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,216
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,216
Reaction score
985
Points
121

Lelaki ditembak mati selepas tikam anggota polis di Perancis​

Julai 19, 2024 @ 12:56am


Seorang anggota polis berkawal di lokasi selepas seorang pegawai polis cedera dalam serangan di jalan Champs-Elysees, di Paris, Perancis. - Foto REUTERS
Seorang anggota polis berkawal di lokasi selepas seorang pegawai polis cedera dalam serangan di jalan Champs-Elysees, di Paris, Perancis. - Foto REUTERS


PARIS: Seorang lelaki maut ditembak polis Perancis selepas dia mencederakan seorang pegawai dengan pisau di bandar tuan rumah Sukan Olimpik Paris, kata perkhidmatan pendakwaan negeri.

Polis berkata motif pengganas tidak disyaki, tetapi keganasan itu menambah ketegangan ketika Paris bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah temasya itu mulai 26 Julai ini.

Polis menembak lelaki itu selepas dia mencederakan seorang pegawai berhampiran jalan Champs-Elysees pada petang Khamis, kata sumber polis kepada AFP.

Pengawas polis Paris, Laurent Nunez berkata, kakitangan di sebuah butik Louis Vuitton melaporkan lelaki itu bersenjatakan pisau dan meminta pegawai untuk mengawal keadaan.



Jelas beliau, lelaki itu menentang dan cuba melarikan diri dengan membelakangkan pegawai apabila mereka mengejarnya dan mencederakan seorang dengan pisau.

Nunez memberitahu pemberita bahawa pegawai itu cedera parah di leher tetapi nyawanya tidak dalam bahaya. Beliau berkata tidak ada 'motif pengganas yang diketahui pada peringkat ini, dan tiada kaitan dengan Sukan Olimpik'.

Sumber di wilayah itu berkata penyerang adalah warga Senegal dan identitinya diketahui polis sebelum ini. Sumber di pejabat pendakwa kemudian memberitahu AFP lelaki itu meninggal dunia dan menambah bahawa siasatan jenayah dilancarkan berhubung serangan ke atas pegawai itu.

Berhampiran tempat kejadian, sebuah trak pemusnah bom dan beberapa trak polis diletakkan manakala kawasan sekitar lokasi jenayah itu ditutup, menurut wartawan AFP.

Anggota polis berkawal di lokasi selepas seorang pegawai polis cedera dalam serangan di jalan Champs-Elysees, di Paris, Perancis. - Foto REUTERS
Anggota polis berkawal di lokasi selepas seorang pegawai polis cedera dalam serangan di jalan Champs-Elysees, di Paris, Perancis. - Foto REUTERS

Perancis, yang berada dalam keadaan berjaga-jaga menjelang temasya Sukan Olimpik, menjadi mangsa pelbagai serangan pengganas dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada petang Rabu, seorang pemandu kenderaan merempuh kereta ke teres kafe di utara Paris, membunuh seorang dan mencederakan beberapa yang lain.
Pendakwa raya berkata pemandu itu kini dihantar bagi mendapatkan rawatan psikiatri.

Pada hari Isnin, seorang askar ditikam di belakang oleh seorang lelaki berusia 40 tahun di stesen kereta api utama di utara Paris tetapi nyawanya tidak dalam bahaya.

Beribu-ribu anggota keselamatan mengawal kawasan sepanjang enam kilometer (km) di tengah Paris pada Khamis sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik.
Pegawai berkata 35,000 pegawai polis dan 18,000 tentera akan menyediakan keselamatan untuk temasya itu. Lebih 300,000 penonton dijangka menyaksikan upacara pembukaan di sepanjang tebing Seine.

Ia akan menjadi kali pertama Sukan Olimpik Musim Panas dibuka dengan upacara di luar stadium olahraga utama.
Pendakwa raya anti-keganasan negara, Olivier Christen, pada Selasa berkata acara sukan itu 'bukan sasaran khusus mana-mana pertubuhan pengganas antarabangsa'.

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin, menegaskan hari ini bahawa 'tiada ancaman yang boleh dipercayai' terhadap temasya itu pada peringkat sekarang. - AFP

 
Back
Top
Log in Register