BTC USD 58,681.1 Gold USD 2,579.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki disyaki rogol anak sendiri usia 13 tahun hingga lahirkan bayi

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,986
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,986
Reaction score
6,428
Points
881
Awards
1
Lelaki disyaki rogol anak sendiri usia 13 tahun hingga lahirkan bayi

Foto hiasan.
DUNGUN: Polis menahan seorang lelaki untuk siasatan kes rogol anak perempuannya berusia 13 tahun yang terbongkar selepas remaja perempuan itu melahirkan bayi semalam.

Suspek berusia 45 tahun ditahan susulan laporan diterima polis selepas mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) melahirkan bayi perempuan di sebuah klinik kesihatan, kira-kira jam 7 malam semalam.

Terdahulu, gadis berkenaan mengadu sakit pada bahagian perut lalu dibawa ibunya ke klinik kesihatan berhampiran dan pemeriksaan doktor mendapati remaja itu hamil sebelum melahirkan anak tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan mangsa bersama bayi perempuannya sudah dipindahkan ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

"Polis menjalankan siasatan dan mendapati pelajar terbabit masih belum berumah tangga. Hasil siasatan itu, kita menahan bapa mangsa pagi tadi," katanya.

Katanya, hasil siasatan awal, polis percaya mangsa dirogol sejak berusia 12 tahun dan suspek yang bekerja sebagai buruh turut mempunyai rekod jenayah berkait kesalahan dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
 
Sponsored Post

Remaja lembam lahirkan ‘bayi’ bapa

Gambar hiasan.
DUNGUN – Rahsia seorang remaja perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) lembam berusia 13 tahun dipercayai diperkosa bapa kandung terbongkar apabila dia melahirkan bayi di sebuah klinik kesihatan di daerah ini semalam.

Mangsa melahirkan bayi perempuan di klinik kesihatan berkenaan pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya, remaja perempuan berkenaan dihantar ke klinik kesihatan terbabit setelah mengadu sakit perut.

“Begitupun pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil. Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba mengadu sakit sebelum bersalin di klinik kesihatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, remaja perempuan OKU itu dan bayinya kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun di sini untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, susulan itu, bapa mangsa berusia 45 tahun telah ditahan hari ini untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal percaya buruh itu telah memperkosa anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun. Dia juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
6120914123421236680_121.jpg

Dungun: Hancur hati seorang isteri selepas anak perempuannya yang berusia 13 tahun melahirkan seorang bayi dipercayai hasil perbuatan terkutuk suaminya dalam kejadian di daerah ini, semalam.

Perbuatan terkutuk suspek berusia 45 tahun itu terbongkar selepas mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) mengadu sakit pada bahagian perut sebelum dibawa ibunya ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati anaknya hamil sebelum remaja itu melahirkan seorang bayi perempuan di klinik itu kira-kira 7 malam hari sama.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Katanya, mangsa dan bayi perempuannya itu kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

"Polis yang menerima laporan kemudiannya menjalankan siasatan dan mendapati pelajar terbabit masih belum berumah tangga.

"Hasil siasatan, kita menahan seorang lelaki yang juga bapa mangsa pagi hari ini," katanya.

Maizura berkata, siasatan awal polis percaya mangsa diperlakukan sedemikian oleh suspek sejak mangsa berusia 12 tahun.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Siasatan polis turut mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah," katanya.

Artikel ➡️ Harian Metro
 
pakej bapak budak ni lengkap ....dah la hidup pape kedana,pemalas,bodo dan xberagama...!
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register