BTC USD 28,411.6 Gold USD 1,973.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki disyaki lemas tergelincir sungai

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,137
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,137
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
Kuala Kubu: Seorang lelaki berusia 20-an dikhuatiri maut selepas tergelincir ke dalam Sungai Sendat, Hutan Lipur, Ulu Yam Baru, hari ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pasukan bomba menerima panggilan pada jam 4.53 petang daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, tiga jentera bersama 14 anggota termasuk pegawai dikerah ke lokasi dan operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejurus tiba di tempat kejadian.

"Laporan awal kejadian, mangsa adalah seorang lelaki berketurunan India berusia lingkungan 20-an yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dan setakat ini mangsa masih belum berjaya ditemui.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5365#sthash.zOAfxGXR.dpuf
 
Top
Log in Register