BTC USD 37,751.3 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki disambar api, lompat pagar minta tolong

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,579
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,579
Reaction score
467
Points
91
Lelaki disambar api, lompat pagar minta tolong

Georgetown: Dalam keadaan badannya disambar api, seorang lelaki terpaksa lompat pagar sebuah rumah bagi meminta pertolongan di Jalan Penang di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 40-an itu berlari kira-kira 10 meter ke kedai berhampiran sebelum api yang menyambar badannya dipadamkan orang awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lebuh Pantai Muzzamer Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 3.15 petang.

Menurutnya, maklumat awal diterima mengenai kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat dengan bahagian belakangnya dijadikan rumah pekerja.

"Ketika tiba di lokasi, dilihat api sedang marak di sebuah bilik di bahagian belakang rumah terbabit dan anggota mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengawal kebakaran.

"Dengan menggunakan peralatan khas, anggota terpaksa membuka pagar rumah berhampiran yang dikunci bagi kerja memadam," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Muzzamer, faktor angin kencang dan cuaca panas juga menyebabkan api marak dengan cepat.

Katanya, terdapat dua mangsa terbabit dalam kebakaran itu berjaya keluar dari rumah berkenaan sebelum pihaknya tiba.

"Mangsa pertama tidak mengalami kecederaan, manakala mangsa kedua pula melecur 80 peratus.

"Mangsa kedua kemudiannya diberi rawatan awal di tempat kejadian sebelum dibawa menaiki ambulans ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan lanjut," katanya.


@hmetro
Video: Mamu Jarum
 

Attachments

  • 1627132943295.mp4
    15.9 MB · Views: 0

CG Sponsors




Top
Log in Register