BTC USD 23,472.9 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki dirompak selepas beli 300 iPhone

Yallah

Active+ Member
Messages
2,803
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,803
Reaction score
372
Points
41

Lelaki dirompak selepas beli 300 iPhone​

07122022-41-3-Lelaki-300-iPhone-pixs.jpeg
LELAKI itu dirompak sejurus selepas meninggalkan premis Apple di 5th Avenue, New York City. - AGENSI
  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 7 Disember 2022, 10:00 am


NEW YORK: Seorang lelaki yang membeli sebanyak 300 unit iPhone dari premis utama produk Apple di 5th Avenue, New York City dilaporkan kerugian kira-kira AS$95,000 (RM415,797) akibat dirompak.

Lapor Oddity Central, lelaki berusia 27 tahun itu dirompak sejurus selepas meninggalkan premis Apple di Manhattan pada pukul 1.45 pagi (waktu tempatan).

“Lelaki itu dirompak semasa berjalan ke keretanya yang diparkir berhampiran premis tersebut sekali gus kehilangan 125 buah telefon pintar bernilai hampir RM415,797,” jelas laporan itu.

Menurut Jabatan Polis New York (NYPD) dalam satu kenyataan, lelaki itu merupakan pelanggan tetap di premis Apple tersebut dan sering membeli iPhone secara pukal untuk dijual semula di kedainya.

Jelas NYPD, sebuah kenderaan berhenti di sebelah mangsa ketika berjalan menuju ke tempat letak kereta, sambil membawa tiga beg mengandungi iPhone.

“Dua lelaki keluar dari kenderaan itu dan menuntut mangsa menyerahkan beg mengandungi iPhone tersebut.

“Namun, apabila mangsa enggan berbuat demikan, mereka menumbuk muka lelaki itu lalu merampas salah sebuah beg dipegangnya sebelum melarikan diri,” jelas kenyataan itu.

Tambah NYPD, terdapat kemungkinan kumpulan perompak itu memantau pergerakan mangsa sejak sekian lama.

Bagaimanapun, jelas NYPD, kes itu masih sedang disiasat dan pihaknya memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.

Kedai utama produk Apple di 5th Avenue beroperasi 24 jam sehari dan dilaporkan jualan Black Friday sedang berlangsung di premis itu pada hari kejadian.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register