TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 405,562
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 405,562
- Reaction score
- 28,251
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Lelaki direman dua hari kes bendera terbalik
12 Mac 2023 02:50pmSeorang lelaki tempatan direman bagi membantu siasatan berhubung kes Jalur Gemilang digantung terbalik di sebuah premis perindustrian di Senai. - Foto tular
KULAI - Seorang lelaki warga tempatan direman selama dua hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes sebuah premis perindustrian di Senai yang didakwa memasang Jalur Gemilang secara terbalik.
Gambar bendera terbalik yang tular di media sosial sejak Sabtu itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat setempat.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 45 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Senai pada Sabtu.
"Suspek telah dibawa ke mahkamah pada Ahad untuk mendapatkan perintah reman. Perintah reman selama dua hari bermula Ahad ke atas suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963 (Penggunaan Tidak Wajar) / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Lelaki direman dua hari kes bendera terbalik
KULAI - Seorang lelaki warga tempatan direman selama dua hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes sebuah premis perindustrian di Senai yang didakwa memasang Jalur Gemilang...
