Lelaki didakwa rogol anak tiri berusia 12 tahun

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,957
Reaction score
1,698
Points
151
Lelaki didakwa rogol anak tiri berusia 12 tahun
NOR AZURA MD AMIN | | 28 Oktober 2020
Rabu | 28 Oktober 2020
865809.jpg

Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun pada tahun ini.
Tertuduh yang berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam bilik sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah Skudai antara Mac hingga Jun tahun ini.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh mengemukakan permohonan supaya mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas lelaki itu dengan alasan khuatir tertuduh mengganggu mangsa.
Kamarudin membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 2 Disember depan.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,141
Reaction score
1,654
Points
206
dan masuk penjara dio akan dirogol pulak oleh jantan2 kabaret sampai berak senang ekekekekeke padan muko
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,957
Reaction score
1,698
Points
151
Takkan tak faham?

Johor Bahru: "Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM)," tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merogol anak tiri berdiam diri sehingga jurubahasa terpaksa membacakan pertuduhan berulang kali ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Kamarudin Kamsun terpaksa menegur tindakan lelaki berusia 29 tahun itu apabila tertuduh dilihat terpinga-pinga dan keliru ketika pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun antara Mac hingga Jun lalu dibacakan.

Ia menyebabkan jurubahasa terpaksa berulang kali bertanya sama ada dia memahami pertuduhan berkenaan selain pengakuan yang mahu dibuatnya.

Hakim bertanya latar belakang tertuduh yang berasal dari Sabah itu namun dia terus mendiamkan diri.

Kamarudin kemudian bertanya semula sama ada tertuduh memahami pertuduhan dan pengakuannya sama ada mahu mengaku atau tidak, apabila dia dilihat terus terpinga-pinga.

"Kamu berasal dari mana? Sabah kan? Faham bahasa Malaysia kan? Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia," katanya.

Tertuduh akhirnya mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas diterangkan semula pertuduhan ke atasnya.

Tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga anak tirinya di bilik utama sebuah rumah di Johor Bahru antara 17 Mac hingga 29 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya memohon jaminan tidak diberikan ke atas tertuduh berikutan dia, mangsa dan ibunya masih tinggal di rumah sama serta dibimbangi akan mengganggu mangsa.

Hakim kemudian memerintahkan tiada jaminan akan diberikan terhadap tertuduh selepas dia terus mendiamkan diri ketika diminta membuat rayuan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Disember depan bagi penyerahan dokumen.

———
Sekolah vernakular kot :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register