BTC USD 27,879.3 Gold USD 1,979.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki diburu terima upah RM10,000 bakar gudang pakaian

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,777
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,777
Reaction score
576
Points
121
Lelaki diburu terima upah RM10,000 bakar gudang pakaian
FB_IMG_1674802926926.jpg

SUSPEK yang menjadi buruan polis.


PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai suspek utama terbabit dalam kes khianat dengan api membabitkan dua kebakaran di gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, Jinjang dekat sini yang membabitkan kerugian lebih RM1 juta.

Suspek utama berkenaan, G Logeswaran berusia 41 tahun yang beralamat di M2-3-14 Jalan Pandan Indah 6/1 Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur, dipercayai telah menerima bayaran RM10,000 untuk melakukan perbuatan berkenaan.

Lelaki berkenaan diburu polis selepas enam serbuan dibuat di beberapa lokasi yang berbeza di sekitar Selangor sebelum menahan sembilan individu pada 15 sehingga 18 Januari lalu yang dipercayai terlibat dalam kejadian sama.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan berkenaan sembilan suspek terdiri lelaki warga tempatan berusia lingkungan 24 hingga 34 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes itu.

Kata beliau, turut dirampas ketika tangkapan adalah sebuah motosikal dan pakaian yang dipercayai dipakai suspek serta satu tong minyak berisi petrol yang digunakan untuk membakar gudang itu.

“Kesemua orang kena tuduh (OKT) direman sehingga semalam dan semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati lima suspek positif dadah dan empat suspek lagi negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Eng Lai, atas arahan Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur, dua suspek dituduh bagi kejadian pertama manakala tiga suspek lagi dituduh bagi kejadian kedua mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian setakat ini mendapati suspek diupah untuk membakar gudang yang berkenaan. Semua suspek yang dituduh dipercayai adalah orang upahan untuk melakukan pembakaran gudang itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Eng Lai, kejadian pertama berlaku pada pukul 4.08 pagi pada 6 Januari lalu dan satu laporan telah dibuat pengurus gudang berkenaan.

Kata beliau, kebakaran itu berjaya dipadamkan yang mana ia hanya meliputi kawasan bahagian hadapan gudang saja.

“Namun, semakan kamera litar tertutup di kawasan itu mendapati kebakaran bermula pukul 3.06 pagi yang mana terdapat kelibat suspek memanjat tembok dan membaling sesuatu ke arah gudang sehingga ternampak nyalaan api,” katanya di sini dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut kata beliau, kerugian kejadian pertama dianggarkan sebanyak RM4,000 yang membabitkan kerosakan peti ais, sofa serta peti suis elektrik yang berada di bahagian luar gudang.

“Selepas itu, satu lagi laporan dibuat mengenai kebakaran di gudang sama pada 11 Januari kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di bahagian belakang dalam gudang berkenaan dan selepas kebakaran berjaya dipadam oleh bomba, pengadu mendapati stok baju Melayu dan lain-lain barang tidak pasti sudah terbakar,” ujarnya

Tambah beliau, anggara. jumlah stok baju Melayu yang terbakar adalah sebanyak 14,400 helai dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

“Justeru itu,orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan suspek utama itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Izzat Jamaluddin di talian 017-7331772 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206,” katanya. – UTUSAN
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,137
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,137
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
Gudang Elrah Exclusive terbakar

KUALA LUMPUR - Sebuah gudang milik Elrah Exclusive di Jalan Kepong, Batu 6 1/2 di sini dilaporkan terbakar pada Rabu.

Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Nuzi Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.41 pagi.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Nuzi berkata, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan kotak yang berada di dalam gudang berkenaan, berkeluasan 4.8 x 4.8 meter persegi.

"Kemusnahan kebakaran dianggarkan 30 peratus manakala seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan mengalami sesak nafas.

"Mangsa diberikan rawatan oleh pasukan perubatan daripada Hospital Selayang dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
 

azmann33

Legendary Member
gem
Messages
12,378
Joined
Mar 2, 2009
Messages
12,378
Reaction score
1,728
Points
201
Gudang Elrah Exclusive terbakar

KUALA LUMPUR - Sebuah gudang milik Elrah Exclusive di Jalan Kepong, Batu 6 1/2 di sini dilaporkan terbakar pada Rabu.

Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Nuzi Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.41 pagi.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Nuzi berkata, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan kotak yang berada di dalam gudang berkenaan, berkeluasan 4.8 x 4.8 meter persegi.

"Kemusnahan kebakaran dianggarkan 30 peratus manakala seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan mengalami sesak nafas.

"Mangsa diberikan rawatan oleh pasukan perubatan daripada Hospital Selayang dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

4.8 meter x 4,8 meter ni layak ka panggil gudang?
muat 2 biji hilux ja. :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 
Sponsored Post

Top
Log in Register