BTC USD 94,452.0 Gold USD 2,690.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Di Temukan Maut Dalam Kereta Di Parkir Kompleks Beli-Belah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,278
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,278
Reaction score
7,057
Points
916
Awards
1
20.11.2024 - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di sebuah tempat parkir kompleks beli-belah, baru-baru ini. Kejadian tular di Facebook itu dirakam oleh salah seorang pengunjung pusat beli-belah berkenaan yang berada di tempat kejadian dengan dia tidak berkongsi lokasi sebenar kes tersebut. Berdasarkan video berdurasi kurang seminit itu memaparkan mangsa dilihat terduduk kaku di tempat duduk pemandu dengan kepalanya tunduk dan tidak bergerak selepas dipanggil beberapa kali oleh pengunjung tersebut. Bagaimanapun, berdasarkan penelitian Majoriti, pengunjung tersebut seolah-olah kenalan mangsa apabila video tersebut menyaksikan lelaki berkenaan memanggil mangsa dengan nama sapaan.

"Minta maaf kawan-kawan. Aku tolong matikan enjin dia. Sudah tidak sedar ini tapi badan sudah keras ini. Abang Aznan (mangsa). Bang, Allahuakbar. Tolong tolong, ada di parkir mall ini," katanya dengan nada panik.

Lelaki itu yang juga saksi kejadian, tidak memberi hantaran susulan berkenaan kejadian terbabit sehingga pelbagai spekulasi lain dibuat oleh warganet di ruangan komen. Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna media sosial yang juga seperti kenalan mangsa memberitahu bahawa kejadian berkenaan berlaku pada dua minggu lalu.
3026997.png

"Assalamualaikum saudara..sahabat itu sudah dua minggu meninggal. Sudah boleh padam hantaran ini," kata pengguna akaun Facebook, Nazri Bahtera.
"Mungkin saudara ini ada sakit jantung dia dah tak mampu bertahan sebab itu dia rehat kejap," dakwaan salah seorang warganet, Azmi Ahmad.
"Sudah satu bulan rasanya kes ini..semoga arwah tenang di sana," komen pengguna Facebook,
Hadi Sufi Runner.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...ut-dalam-kereta-di-parkir-kompleks-beli-belah
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register